Lebih 30 Tahun Bergelar Jurusolek Diraja, Kakak Ratu Rock ELLA Kongsi Rahsia Belajar Makeup Dengan Arwah Nenek

Bukan mudah bergelar jurusolek Diraja kerana gaya solekannya ada cara tersendiri selain terikat dengan protokol. Selalunya kita akan melihat golongan bangsawan atau kerabat tampil dengan solekan ringkas dan sederhana namun tetap terserlah serinya.

Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang juga kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella ini.

Adik beradik ratu rock Ella. Cantiknya! Kredit Foto: saidatulnisaaminuddin

Beliau sering menjadi pilihan golongan ternama mahupun kerabat Diraja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saidatulnisa Aminuddin (@saidatulnisaaminuddin)

Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia solekan meletakkan wanita berusia 59 tahun ini pada kedudukannya yang tersendiri.

Kredit Foto: saidatulnisaaminuddin

“Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang tidak keterlaluan, tidak makan dek zaman atau evergreen (malar segar). Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral ini selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saidatulnisa Aminuddin (@saidatulnisaaminuddin)

“Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Mungkin kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya.

Kredit Foto: saidatulnisaaminuddin

“Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.”

BACA JUGA: Hijabi Perlu Cakna Masalah ‘Gangguan Hormon’, Jangan Abaikanya Jika Tak Mahu Merana! – Ella

Katanya lagi, beiau tidak memilih, cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan lebih-lebih lagi selebriti, VVIP dan golongan ternama.

“Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.”

Kredit Foto: saidatulnisaaminuddin

Dedah Datin Saidatulnisa, beliau mewarisi bakat ini daripada Nenda yang sememangnya pakar dalam solekan pengantin dan golongan diraja zaman dulu.

“Saya banyak belajar sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Alhamdulillah kini ia menjadi minat dan salah satu sumber rezeki saya.

Kredit Foto: saidatulnisaaminuddin

“Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘Less is more’.

“Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita,” kongs Datin Saidatulnisa.

Comments

Leave a Reply