Kudis buta boleh merebak bila berkongsi tuala, habis berjangkit satu keluarga. Gatalnya tidak dapat dibawa bincang dan apabila garu akan sampai berdarah. Kudis buta atau nama lainnya, “scabies” adalah keadaan kegatalan pada permukaan kulit yang digigit oleh kutu “sarcoptes scabiei.”
Kudis Buta Boleh Merebak Bila Kongsi Tuala
Apabila dilihat di bawah mikroskop, kutu ini berbadan bulat dan mempunyai 8 kaki. Kutu ini betina dan akan menggorek masuk ke dalam kulit untuk bertelur dan mati kemudian. Apabila telur menetas, ianya akan menjadi kutu dan akan menyebabkan kegatalan.
Artikel lain: Hama Bertelur Bawah Lapisan Kulit Terjadilah Kudis Buta. Rendam Semua Pakaian Anak Dalam Air Panas
Ini pesanan daripada Dr Ahmad Sahman untuk merawat kudis buta.
Bagaimana boleh berjangkit?
Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta. Kutu ini boleh didapati pada tuala, selimut, baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.
Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari.
Habis Berjangkit Satu Keluarga
Jangkitan scabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.
Baca lagi: Bukan Tanda Kurangnya Penjagaan Kebersihan Anak, Awas Jika Anak Terkena Kudis Buta!
Ruam scabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, manakala sangat jarang melibatkan muka dan kepala.
Bagaimana ingin merawatnya?
Rawatan pertama: Menggunakan losyen anti scabies
Losyen Permethrin 5%:
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan ke atas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
– Contoh: A-Scabs lotion
Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%:
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
– Dewasa (12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
– Kanak-kanak (2-12 tahun): campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
– Bayi (2 bulan ke atas): campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed
Kredit foto: Freepik
Losyen Lindane 1%:
– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
– Digunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).
– Contoh : Scaboma Lotion
Rawatan kedua: Jangan berkongsi tuala, baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.
Rawatan ketiga: Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah atau tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
Rawatan keempat: Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Rawatan kelima: Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.
Sumber: Dr Samhan (@DoktorSamhan di Twitter)
Kredit foto (top image): Freepik
Baca lagi: Anak Mengadu Gatal Naik Bintik Merah, Ingatkan Ruam Rupanya Kudis Buta
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.