Tip Dapur Lama Kekal Kemas & Bersih, Jangan Letak Barang Atas Table Top

Dapur ini sudah lama kata empunya kediaman, sudah berbelas tahun digunakan tapi menariknya ia kekal bersih dan kemas. Tak nampak pun kesan kotor bercapuk atau barang bersepah.

Sememang inilah keadaan pemilik dapur Jenn Lee Goldfish setiap hari. Beliau memang sangat menekankan kekemasan dan kebersihan bahagian ini. Malah beliau turut berkongsi cara yang dipraktikan bagi memastikan keadaan dapur sentiasa teratur dan bersih. Salah satu tip penting pesannya adalah jangan letak barang di bahagian atas dapur!

Cara jaga dapur supaya sentiasa kemas dan bersih

 

1. Jangan letak barang atas dapur

Semua disimpan dalam kabinet termasuklah gula, garam kicap minyak masak. Tiada yang berada di luar kecuali sudu garfu, yang lain haram sekali untuk berada Di atas meja dapur.

Mungkin ada yang akan cakap si Jenn tidak masak di rumah. Suami memang selalu masak tapi dia pun terikut sudah ‘mengharamkan’ barang di atas meja.

 

2. Kain lap jangan letak merata

Kain lap meja jangan sesekali letak merata. Belilah kain lap yang cantik untuk digunakan, harga dalam RM4 saja. Setiap kali selepas guna keringkan di luar rumah jangan sidai di mana-mana bahagian dapur.

 

3. Plastik terpakai kena lipat

Plastik terpakai jangan main sumbat sahaja, lipat cantik cantik dan masuk satu bekas. Ini perlu dijadikan aktiviti keluarga. Ajar anak anak tolong lipat.

4. Lepas masak mop lantai, lap dapur sampai berkilat

Selepas masak, jadikan rutin untuk mop lantai, lap dapur memasak sampai kilat. Piring mangkuk, lepas makan terus cuci. Siapa makan cuci pinggan sendiri.

 

5. Alas meja pilih yang tiada corak

Kalau dapur kamu lapis mejanya pakai tikar getah, pilih yang tiada corak, atau pilih yang corak marble supaya dapur kamu nampak selesa, tidak sesak.

6. Langsir dapur

Jangan simpan langsir warna terang di dapur. Pakai warna putih kalau ada supaya dapur nampak luas. Dapur ini tiada langsir supaya senang lihat di luar waktu malam.

 

Walaupun hidup sederhana, tapi hati senang bila barang di rumah tidak banyak berterabur.  Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang barang yang tak perlu. Less is more.

Sumber: Jenn Lee Goldfish

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply