Tak Usah Melaram Sakan Ke Open House, Baju ‘Over’ Sampai Tenggelam Tuan Rumah

Macam-macam trend baju raya, namun sis tak usahlah melaram terlalu sakan ke open house, baju pun ‘over’ sampai tenggelam tuan rumah.

Sempena sambutan Hari Raya ni, pastinya banyak jemputan ke majlis open house. Sambil mengeratkan silaturahim, ini juga masanya untuk berbaju cantik, koleksi hijabista pun banyak, kan?

Namun sewaktu menghadiri majlis, etika berpakaian haruslah dititikberatkan. Tak usahlah melaram sakan ke open house, baju kurung liplap, ropol bertingkat, ‘feathery’That’s a BIG no-no!

Penampilan yang ‘over’ pastinya meninggalkan sedikit rasa kurang senang di hati tuan rumah. Niat untuk berziarah dan bermaafan sambil menikmati juadah open house boleh ‘tercalar’ jika perhatian mata asyik tertumpu pada si dia.

Do’s & Dont’s

(1) Pakai baju tradisional

Leeyanarahman

Inilah masanya mengenakan baju kurung atau kebaya tercantik dalam koleksi sis! Tapi tak usahlah berpakaian kostum tradisional lengkap segala cucuk sanggul, tanjak dan keris, cukup busana yang diberi garapan moden serta relevan digayakan. Pilih warna hijab yang sedondon dengan stail kemas.

 

(2) Suai padan baju

Kalau mahukan kelainan, memadai dengan teknik suai padan yang sesuai. Pakai saja top seperti blaus peplum, blaus fishtail atau tunik bersama dengan skirt berpotongan A, mermaid atau slit. Tak perlulah berhabisan beli baju baru pula!

 

(3) Usah mencolok mata

Minaz.my

Pilih baju yang sopan dan sedap mata memandang. Jika tak ingin mengenakan baju bersiluet besar, elakkan potongan busana yang terlalu ketat dan mendedahkan bahagian dada atau kaki. Pakai inner bersesuaian jika baju sis agak jarang ya.

 

(4) Selesa

Petra RTW

Ketika musim tak menentu ni, utamakan soal keselesaan. Contohnya baju kurung yang diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas seperti kapas, sifon, como crepe atau satin yang menyerap peluh. Manalah tahu open house berkonsepkan outdoor!

 

(5) Kasut

 

Larrie

Untuk memudahkan pergerakan, pilih kasut yang sederhana tinggi. Contohnya kasut jenis block heels ataupun wedges kerana kasut jenis ini mempunyai tapak yang lebih tebal dan seimbang. Kalau tak biasa bertumit tinggi, anda boleh memilih jenis flat pump shoes. Jangan sesekali memakai selipar kerana ia mencacatkan keseluruhan penampilan sis!

 

(6) Beg tangan dan aksesori

Hijabista Hub

Elakkan beg tangan besar atau jenis tote kerana ia pasti menyukarkan anda semasa menjamu selera. Memadai dengan clutch kecil atau beg tangan bahu bersaiz sederhana yang kemas. Tak perlu sarat, pilihan aksesori ringkas dan minimalis lebih sesuai ke rumah terbuka berbanding statement jewellery bersaiz gedabak.

8 Adab Hadiri Open House

1. Betulkan niat menghadiri open house yang penting untuk kehidupan bermasyarakat, mengeratkan silaturahim dan bermaafan. Jaga niat atau hindari tujuan tersembunyi seperti mahu menunjuk-nunjuk kehebatan diri.
2. Mematuhi masa majlis diadakan. Elakkan datang lambat, hormati masa tuan rumah yang sudah kepenatan dan perlu solat atau berehat.
3. Hormati tuan rumah dengan bersalam serta bertanya khabar ketika tiba. Jangan lupa untuk bertemunya sekali lagi sebelum pulang bagi mengucapkan terima kasih sambil menitipkan doa murah rezeki serta diberkati usia.
4. Rendahkan suara ketika bercakap. Elakkan mata melilau-lilau memandang kediaman tuan rumah atau masuk ke ruang-ruang tertentu sesuka hati.
5. Usah membazir makanan, ambil apa yang perlu sahaja dan baik untuk kesihatan.
6. Usah duduk terlalu lama berjam-jam ketika menghadiri open house. Lagi-lagi kalau ramai tetamu dan tempat duduk terhad.
7. Jaga kata-kata. Bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan. Usah mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan rumah open house yang dikunjungi.
8. Utamakan solat. Usah sayangkan mekap untuk berwuduk dan menjamu selera hingga lalai waktu solat.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/penampilan-ashanty-berhijab-undang-pujian-cantiknya-isteri-anang-hermansyah/

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply