Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap, Halau Guna 3 Bahan Ini!

Kadang kala, ketika mengemas kediaman, aspek yang sering mencabar adalah membersihkan najis atau tahi cicak.  Melihat tahi cicak yang berselerak di sekitar tepi tingkap dan perabot berhampiran dinding boleh merosakkan mood serta mengurangkan estetika dekorasi rumah.

Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan petua mudah yang dikongsikan oleh Roslina Hashim. Hanya menggunakan 3 bahan yang ada di dapur sahaja.

Berikut antara perkongsian tersebut yang boleh dicuba!

TIP ATASI MASALAH TAHI CICAK

“Euww! geli sangat bila tengok taik cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kak Ina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci taik cicak.”

“Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung. Tak mau berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.”

Bahan-Bahan:

1/3 Cuka makan
1/3 Air
1/3 Cecair pencuci pinggan

Cara Membuat:

Campurkan semua bahan-bahan ni. Spray je kat kawasan yang biasa kena onar dan tempat persembunyian cicak. Boleh juga spray untuk halau semut.

Semoga panduan ini membantu anda mengatasi masalah tahi cicak di rumah dengan lebih efektif dan semoga berhasil menjaga keindahan serta kenyamanan kediaman!

Mesti Baca:Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama
Baca Lagi Di Sini:Empat Bulan Berniaga Atas Talian, ORANG ASLI Bangga Miliki Rumah Impian
Artikel Menarik:Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Tak Sabar Tunggu Rumah Impian Siap, Turun Padang Tengok Progress Kerja Kontraktor

Sumber: Roslina Hashim

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply