Suami Kalau Nak Isteri Cantik, Jangan Kedekut ‘Labur’ Duit

Suami kalau nak isteri cantik, jangan kedekut ‘labur’ duit. Berilah duit belanja yang secukupnya untuk isteri membelai wajah dan tubuh. Kalau boleh labur duit untuk kereta mengapa tidak untuk isteri? Untuk kepuasan sendiri juga bukannya orang lain.

Sebelum berkahwin, semuanya nampak indah belaka. Dialah bidadari, dia jugalah intan dan permata. Namun selepas beberapa tahun berkahwin, kulitnya mula dipertikaikan, bentuk badannya mula dipersoalkan.

 

Artikel menarik yang lain: Isteri Kena Cantik Untuk Suami, Tapi Jangan Sampai Suami Orang Lain Tergoda!

Perkongsian Amir Syahir ini menjawab mengapa bini kita cantik sebelum kahwin dan tidak selepas kahwin.

“BINI AKU NI, MASA BERCINTA KEMAIN CANTIK. PAKAI MEKAP SEMUA. BILA DAH KAHWIN, DAH TAK RETI NAK CANTIK DAH.”

“Kenapa eh perempuan bila dah kahwin tak reti nak pakai cantik-cantik?”

Itu antara soalan yang biasa aku dengar bila berbual dengan rakan-rakan.

Semua orang suka akan keindahan dan kecantikan. Tafsiran cantik itu adalah subjektif. Terpulang kepada setiap individu yang menilai.

Setiap suami pasti mahu melihat isterinya sentiasa nampak cantik. Kadangkala perempuan ni, sebelum kahwin bukan main cantik. Touch up sana sini. Tapi lepas kahwin, dah ada anak, tudung pun senget benget dah.

PERANAN SUAMI SANGAT PENTING. JANGAN NAK KECAM JE ISTERI TU TAK CANTIK LA, NAMPAK BURUK LA. KECIL HATI ISTERI. SEBAGAI SUAMI, KAU YANG PATUT MENEGUR ISTERI. TANYA DIRI KAU, APA YANG KAU DAH BUAT UNTUK BAGI ISTERI KAU NAMPAK CANTIK. KALAU TAKDE APA-APA, JANGAN NAK TAU MERUNGUT SAHAJA.

Fahamilah isteri kau. Dahla dia penat bekerja, balik rumah masak untuk kau dan anak-anak lagi. Kadang-kadang sampai terlupa nak uruskan diri sendiri. Ada yang sampai tertidur dengan baju kerja sambil susukan anak.

Isteri meletakkan keluarga, anak-anak lebih daripada persiapan diri dia. Nak mekap cantik-cantik pun tak sempat sebab nak buat sarapan lagi, nak kemas beg sekolah anak lagi. Kau duk buat apa? Tunggu dalam kereta duk hon hon isteri suh cepat sikit?

Artikel lain: Isteri Cantik Selalu Dapat Suami Tak Hensem,Kadang-kadang Fikir Macam Tak Padan

Jadi, apa peranan kau sebagai suami? Kalau kau nak isteri kau sentiasa nampak cantik, tak selebeh sana-sini, kau mestilah buat sesuatu. Misalnya bawa dia pergi beli pakaian baru atau alat mekap yang dia suka ke. Mesti dia akan rasa terharu dan hargai kau. Barulah dia semangat nak menghias diri. Janganlah kedekut nak laburkan duit untuk isteri sendiri. Besar pahalanya.

Kau juga cubalah bagi masa untuk diri dia sendiri. Bagi isteri kau ruang nak ke salon ke, spa ke. Bukannya selalu. Time tu kau tolonglah jaga anak, masak ke. Sanggup?

SENTIASA PUJI DAN BAGI SOKONGAN PADA ISTERI. CONTOHNYA, “ISTERI ABANG NI CANTIK. SAMA MACAM KITA MULA-MULA KAHWIN DULU. KALAU SAYANG PAKAI LIPSTIK SIKIT, MESTI LAGI CANTIK.” MESTI ISTERI KAU SUKA DAN DIA AKAN BUAT SEPERTI APA YANG KAU CAKAP.

Jangan bandingkan isteri kau dengan perempuan lain sama macam kau tak suka kalau isteri kau bandingkan kau dengan lelaki lain. Jangan puji perempuan lain lagi cantik daripada isteri kau. Itu akan buat dia rasa lagi down dan sakit hati.

Misalnya, “Cuba tengok isteri Aikal tu, cantik je. Selalu pakai baju cantik-cantik, muka pun pandai berhias. Bukan macam awak, baju zaman bila entah. Bedak pun tak pakai.” Ataupun “Cantikkan Julia ni. Dah la badan solid, pandai bergaya pulak tu. Bertuah siapa dapat dia.” Tanpa kau sedar, isteri kau menahan rasa je dengan apa yang kau cakap tu.

Tidak dinafikan, suami mesti sentiasa nak nampak isteri dia cantik. Tapi ingatlah, cantik itu bukan terletak pada baju yang dipakai, muka yang dihias tebal. Pengertian cantik itu luas. Buka sikit minda kau tu. Kalau nak isteri sentiasa nampak cantik, kau sebagai suami kena la main peranan. Jangan 100% nak letak atas isteri.

Kadang-kadang perempuan berubah lepas kahwin. Berubah macam mana? Dari segi fizikal selalunya. Tambahan pula lepas bersalin. Tambah-tambah bila dah ada 3, 4 orang anak. Sebagai suami, support la isteri. Belikan isteri jamu, atau set bersalin untuk jaga semula badan isteri. Bagi isteri masa dan ruang untuk pergi spa. Isteri pun kena pandai juga badan lepastu. Ada orang yang jenis cepat naik badan lepas bersalin. Ada orang tak. Jadi, pandai-pandailah jaga diri.

Aku pun masih baru dalam alam rumah tangga. Kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman. Tak semestinya pengalaman kita sendiri, pengalaman orang lain juga dapat kita jadikan panduan dan pengajaran.

Point aku di sini ialah, kau duk tengok orang lain lawa, cantik, kau tau tak kos dia untuk cantik pun tinggi. Baju dia mahal, make up dia pun mahal. Kalau kau tak bagi duit untuk isteri kau bergaya tak payah cakap kenapa bini kau selekeh dah la.

Sebagai ketua keluarga, kau kena bijak memainkan peranan. Kalau isteri dan anak-anak buat salah, tegurlah. Bukannya menengking. Kalau isteri tak cantik lepas kahwin, tegur dan bimbing. Bukannya cari lain.

Baca lagi: Bukan Isu Isteri Cantik Ke Tak Cantik Bila Suami Makan Luar

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply