Boleh dikatakan isu curang kini umpama satu trend yang tiada berkesudahan. Kontroversi mengenai keretakan rumah tangga angkara ‘orang ketiga’ mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.
Malah, isu ini boleh menjatuhkan maruah agama kerana ia melibatkan pergaulan tanpa batas di antara lelaki dan perempuan.
Kredit Foto: zarazya
Terkesan dengan isu tersebut, dramatis dan penyanyi Zara Zya atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkongsi memberikan pendapatnya di Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Kredit Foto: zarazya
Tidak mengaitkan dengan mana-mana individu, kata Zara Zya pentingnya seseorang itu menjaga ikhtilat (batas pergaulan) untuk mengelakkan terjadinya hubungan terlarang.
Menurut Zara Zya, baik lelaki mahupun perempuan tidak seharusnya terlalu mudah membuka ruang untuk bermesra atas niat sekadar berkawan.
Kredit Foto: zarazya
Tindakan itu membolehkan seseorang itu jatuh cinta setiap hari.
“Sebab itu pentingnya untuk kita menjaga ikhtilat. Kalau tidak kau akan jatuh cinta dengan berlainan orang setiap hari.
“Jangan terlalu cepat membuka ruang bermesra atas niat sekadar berkawan yang berlainan jantina.”
Kredit Foto: zarazya
Jelas pelakon drama Love You Mr Arrogant ini lagi, batas pergaulan yang tidak dijaga akan memudahkan ‘tugas’ syaitan dalam memperdayakan manusia.
“Bila batas pergaulan tidak dijaga, mudah syaitan datang buat kerja,” ulasnya.
Sementara itu, Zara beranggapan isu kecurangan terutama yang melibatkan pasangan berkahwin adalah pilihan masing-masing.
Kredit Foto: zarazya
Sama ada menganggap curang itu sebagai satu takdir atau pilihan yang dipilih.
“Pilihan di tangan sendiri, sama ada mahu jadikan curang itu sebagai takdir atau pilihan yang dipilih,” katanya.
Semoga hijabi-hijabi di luar sana sentiasa menjaga batas pergaulan dengan sebaiknya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di SINI
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.