Gulai Ayam Kelate, Makan Sekali Mesti Nak Repeat

Gulai Ayam Kelate antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Dah rasa sekali mesti teringat-ingat dan nak repeat makan lagi.

Paling penting guna rempah yang dibeli khas dari Pantai Timur khususnya Kelantan. Kalau susah nak jumpa boleh dapatkan secara atas talian atau online sahaja.

Ada pelbagai versi Gulai Ayam Kelantan ini, namun rasanya memang cukup tersendiri. Makan dengan nasi putih ada pula sambal lada jantan, lepas makan terus teringat.

Gulai Ayam Kelate

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam. (Empunya resipi suka gunakan bahagian tulang-tulang)
Santan sederhana pekat secukupnya.
4 tangkai lada kering *
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 hiris halia*
1 hiris lengkuas*

Kisar bahan bertanda *

1/2 keping Nise
2 keping asam keping
1/2 peket serbuk gulai cap orang terbang (ada cap ros, kalau di kelantan mudah jumpa yang timbang)

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
  2. Setelah pecah minyak, masukkan ayam.
  3. Letakkan serbuk gulai tadi.
  4. Gaul rata. Tutul kuali, biarkan jus ayam keluar
  5. Kemudian tambahkan air secukupnya. Masak hingga isi ayam betul-betul empuk.
  6. Kemudian letak nise dan asam keping
  7. Masukkan pula santan.
  8. Akhir sekali garam dan gula secukupnya. Rasa gulai manis manis lemak ye.
    Biarkan kuah mendidih. kemudian bolehlah tutup api.
  9. Siap untuk dihidang.

Kredit: Mizah Ngatiman

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Buat Rendang Ayam Basah Kalau Hidang Roti Jala, Pulut Kuning & Lemang Raya Nanti, Lagi Sedap Menyicah

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Tip Kurma Ayam Atau Daging Makin Lazat, Lepas Masak Kena Tuang Minyak Sapi

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply