Lelaki 61 Tahun Telan Ratusan Vitamin Untuk Hidup Lebih Lama

Dahsyat! 

Seorang lelaki berusia 61 tahun  menarik perhatian orang ramai kerana mengaku ingin melepasi usia 110 tahun dan mengamalkan pelbagai kaedah untuk hidup lebih lama termasuk mengambil ratusan vitamin.

Dave Pascoe yang berasal dari negeri Michigan, menggelarkan dirinya ‘biohacker’ yang taksub kepada penambahbaikan badan menggunakan sains dan teknologi.

ARTIKEL BERKAITAN : Lisa Blackpink Beli Aset Di Beverly Hills, Kawasan ‘Tersorok’ Bernilai RM19 Juta

Pascoe berkongsi rahsia tampil awet muda termasuk dia mengamalkan diet dan senaman yang ketat.

Lelaki itu berkata, dia juga makan 158 vitamin setiap hari agar dapat hidup mencapai usia 110 tahun.

”Matlamat saya adalah untuk menjadikan kesihatan saya selari dengan jangka hayat saya. Saya berharap dapat hidup sekurang-kurangnya sehingga umur 95 tahun.

“Jika umur saya boleh pergi lebih jauh, saya mahu melepasi usia 110 tahun,” katanya.

Baginya,  pelbagai jenis senaman merupakan bahagian penting dalam rutin harian termasuk berjalan kaki atau berjoging. Dia  juga menghabiskan masa di sauna dan bermeditasi untuk berehat.

Tambah Pascoe lagi, dia membelanjakan sekitar AS$30,000 (RM143,505)  setahun untuk semua vitamin dan produk penjagaan kulitnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Mail Online.


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply