Bila dah lama mendirikan rumah tangga tapi masih belum ada rezeki untuk hamil, mulalah susah hati kan? Tertanya-tanya di mana silapnya kerana masih gagal untuk mengandung. Sebenarnya masalah ketidaksuburan ini adalah sesuatu yang biasa berlaku dan ada banyak faktornya. Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi serta Pakar Kesuburan, Dr Maiza Tusimin, masalah ini harus dirujuk kepada doktor sebelum merancang rawatan yang sesuai buat sesebuah pasangan.
Sesetengah pasangan tidak memerlukan rawatan In Vitro Fertilization (IVF) untuk hamil. Ada masanya, rawatan seperti mengenalpasti tarikh subur dan perancangan initimasi atau rawatan permanian beradas (IUI) sudah dapat membantu seorang wanita untuk hamil. Melalui video yang Dr Maiza kongsikan di laman Instagram, dia ada menjelaskan tentang persediaan yang perlu dibuat oleh pasangan yang sedang TTC.
Sumber foto: ww.freepik.com
Ketika berjumpa dengan doktor, pastikan anda:
*Ambil tahu tentang kitaran haid
*Membuat kiraan BMI
*Beritahu doktor sekiranya ada alergi ubat-ubatan
*Sekiranya pernah dimasukkan ke wad hospital atas faktor kesihatan, beritahu doktor
*Kongsikan tentang jumlah hubungan intimasi yang dilakukan
Baca Juga:
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!
Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan, Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku
Tonton video ini;
View this post on Instagram
Di dalam video ini juga, Dr Maiza ada menerangkan tentang jenis ujian yang akan dibuat untuk mengetahui tahap kesuburan suami dan isteri:
#1 Pada konsultasi pertama:
• Temubual sejarah kesihatan & kesuburan kedua suami & isteri
• Pemeriksaan fizikal wanita
• Pemeriksaan Pap smear*
• Imbasan / scan pelvis – lazimnya scan vagina (TVS), boleh juga scan abdomen sekiranya belum bersedia untuk TVS
• Ujian darah yang berkaitan – FSH, LH, Testosteron, Prolaktin, AMH, Thyroid, Progesteron
Sumber foto: ww.freepik.com
#2 Untuk analisis air mani (SA) suami, pasangan perlu berehat dari berhubungan seksual selama 3 hari sebelum melakukan SA.
#3 Ujian HSG dilakukan sehari selepas tamat haid. Bagi isteri yang mempunyai masalah tiada haid berbulan-bulan, doktor perlu pastikan isteri tidak hamil sebelum melakukan ujian HSG.
Sumber foto: ww.freepik.com
#4 Selain dari HSG, ujian lain yang boleh menentukan tiub fallopio tidak tersumbat :
• HyFoSy atau Hysterosalpingo-Foam Sonography
• Laparoscopy & Dye
#5 Jika pasangan telah membuat keputusan untuk membuat IVF sebelum hadir konsultasi, isteri tidak perlu melakukan ujian HSG.
#6 Bagi pasangan yang ingin menjalani prosedur IUI atau IVF, saringan penyakit berjangkit seperti HIV, VDRL & Hepatitis B perlu dilakukan.
#7 Adalah penting untuk suami & isteri hadir bersama semasa konsultasi agar tahap kesihatan kedua-duamya dapat dianalisa disamping memahami penerangan doktor mengenai proses rawatan kesuburan. (It takes 2 to tango!)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.