Atasi Singki Tersumbat, Buat Dulu 4 Cara Ini Sebelum Panggil Plumber

Singki yang tersumbat di rumah boleh menjadi satu masalah yang menjengkelkan dan boleh mengganggu rutin harian anda.

Plumber, sink problem, sink kitchen, malaysian house, 4k, --ar 16:9 --style raw --s 50

Sebelum panggil plumber untuk selesaikan masalah singki tersumbat ini, sebaiknya cuba dulu di bawah. Kalau menjadi jimat duit caj plumber yang dah tentu ratusan ringgit juga.

1) Gunakan campuran serbuk penaik dan cuka

Untuk baiki singki tersumbat, boleh guna serbuk penaik dan cuka. Campurkan anggaran satu per tiga cawan serbuk penaik dan satu per tiga cawan cuka ke dalam sebuah bekas.

Sebaik saja campuran itu berbuih, tuangkan ia ke dalam saluran singki yang tersumbat. Biarkan sebentar dalam 10 minit untuk tindak balas berlaku, kemudian curah air panas ke dalam singki untuk bilas campuran itu.

2) Gunakan campuran garam kasar dan air panas

Cara ini paling mudah untuk dilakukan kerana ia hanya memerlukan garam yang sudah tersedia di rumah. Semua rumah pastinya mempunyai garam bukan?

Jika mahukan hasil yang lebih mantap, disyorkan guna garam kasar. Tabur sahaja garam kasar ke dalam singki tersumbat tersebut. Selepas tu curahkan dengan air panas.

Melalui cara ini, sisa makanan dan kotoran akan terlarut dan sinki anda akan berfungsi seperti biasa dengan sekelip mata.

3) Gunakan campuran garam dan serbuk penaik

Selain serbuk penaik dan cuka, satu lagi cara pula adalah kombinasi garam dan serbuk penaik.

Kombinasi kedua-dua bahan ini juga mampu untuk melancarkan singki yang tersumbat. Hanya perlu mencampurkan satu per empat cawan serbuk penaik dan juga satu per empat cawan garam.

Kemudian, tuangkan campuran kedua-dua bahan ini ke dalam lubang singki yang tersumbat. Dalam masa yang sama jika anda mahu hilangkan bau busuk akibat singki yang tersumbat, tambahkan sahaja satu per dua cawan cuka atau air limau.

4) Sabun pencuci pinggan mangkuk

Semua jenama sabun pencuci pinggan boleh digunakan untuk teknik ini, ia hanya memerlukan beberapa sudu sabun pencuci ini berserta dengan air panas sebanyak dua liter.

Kebiasaannya, saluran air singki dapur ini mudah melekat dengan minyak dan juga gris sisa makanan. Jadi, dengan adanya sabun pencuci pinggan ini ia boleh membantu untuk melarutkan sisa makanan dan sisa minyak itu.

Sumber: Mstar

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply