Beli Rumah ELAK Pilih ‘Design Kotak’ & Bumbung Pendek, Nasihat Pakar Hartanah!

Beli rumah dan miliki kediaman sendiri pasti menjadi impian setiap orang. Harga kediaman sekarang juga bukan main mahal jadi pastikan kita membuat pemilihan yang betul.

Fenomena cuaca sekarang memang buat ramai mengeluh, di luar dah tentu panas, duduk dalam rumah pun terasa panas. Malah dalam rumah waktu malam pun terasa bahang. Kalau ini yang dirasa sekarang penyebabnya bukanlah semata-mata kerana cuaca panas tapi juga reka bentuk rumah yang kita duduki.

Untuk yang merancang membeli kediaman seeloknya info perkongsian perunding hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad ini dijadikan panduan.

Salah satu pesannya elakkan dari membeli kediaman dengan reka bentuk bumbung yang pendek dan beliau menerangkan sebabnya.

Makin banyak rumah bumbung pendek, cantik tapi…

Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.

Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.

Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.

Tak sesuai dengan cuaca negara kita

1. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.

2. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.

3. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.

4. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air ke dalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus ke dalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.

5. Pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.

6. Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.

7. Elakkan beli kediaman moden, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil reka bentuk begini akan rugikan pembeli nanti.

Reka bentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.

Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa di sini. Moga jelas dan makin faham.

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang sedang dalam proses memilih rumah, adalah penting untuk mempertimbangkan nasihat pakar dan mengkaji reka bentuk yang bukan hanya cantik tetapi juga praktikal. Pilihan reka bentuk yang tepat bukan juga memastikan bahawa hartanah tersebut kekal menarik dari segi pasaran di masa akan datang.

Mesti Baca:Cara Jual Rumah Yang Belum Habis Bayar
Baca Lagi Di Sini:Nak Jual Rumah Ini 8 Langkah Yang Perlu Anda Lakukan
Artikel Menarik:Perunding Hartanah Kongsi 3 Sebab UTAMA Rumah Susah Nak Dijual

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply