Uqasha Senrose dan Kamal Adli bakal menimang cahaya mata perempuan. Menerusi majlis gender reveal yang disiarkan menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha, pasangan ini membuat pendedahan jantina anak mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Uqasha sememangnya mengidamkan anak perempuan kerana mahu melihat kebolehan suaminya menguruskan anak mereka nanti. Berbanding Uqasha, Kamal tidak kisah tentang jantina bayi yang bakal dilahirkan walaupun berharap agar anak sukung mereka adalah lelaki.
View this post on Instagram
Artikel lain: Datang Haid Tak Berhenti Tak Sedar Hamil, Uqasha Senrose Pernah Dua Kali Keguguran!
Sebenarnya Kamal dan Uqasha juga baharu sahaja mengetahui tentang jantina anak mereka pada acara tersebut.
“Semua orang ingat kami sudah tahu, tapi sumpah kami tidak tahu. Sebab itulah kami adakan majlis ini untuk berkongsi berita gembira ini bersama keluarga.”
Berikut antara respon warga maya yang dipetik dari laman Instagram Uqasha:
Uqasha sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.
Pasangan Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Baca lagi: Doakan Yang Baik-Baik Untuk Qasha Baby Uqasha Senrose Syukur Kini Hamil Anak Sulung!
Sumber: Instagram Uqasha Senrose Instagram Kamal Adli dan Mstar
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.