Anak Syurga Berusia 2 Hari Meninggal, Saluran Pencernaan Membengkak Selepas Diurut Nenek

Anak syurga berusia  2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu makan garam.

Dalam satu perkongsian curahan hati seorang ibu, dirinya berkongsi kehilangan anak syurga gara-gara diurut oleh nenek sebelah suami. Dan pastinya kes ini boleh menjadi iktibar buat ibu-ibu muda di luar sana bahawa bayi kecil tidak boleh diurut dengan begitu kuat.

Anak Syurga Berusia 2 Hari Meninggal

Menurut ibu malang ini, Uswa dalam akaun Tik Toknya @uswaaaaa.h yang berasal dari Klaten, Jawa Indonesia, dia kehilangan anak syurganya pada 30 Disember lalu.

Dalam video dikongsikan, kelihatan Uswa berkongsi gambar bayinya Devandra. Tulisnya,

“Assalamualaikum Devandra…

“Dua foto yang ada kamu tapi mempunyai makna yang berbeza.Di mana Mama bangga sekali melahirkan kamu sampai ke dunia sampai ke hari di mana Mama harus kehilangan kamu. Jadi anak yang soleh  ya sayang, agar kamu boleh membawa Mama dan Papa ke syurga Allah di mana kitab oleh berkumpul lagi ke sana.

“Sekarang kamu sudah tidak sakit lagi ya  sayang. Tenang di syurga ya sayang, “ tulis Uswa.

Saluran Pencernaan Membengkak Selepas Diurut Nenek

Catatan sebaknya itu membuatkan kisahnya kehilangan bayi akibat diurut oleh nenek telah menjadi viral.

Menurut ibu muda ini, urutan yang dilakukan telah mengakibatkan saluran pencernaan bayi syurganya membengkak dan ketika dibawa ke rumah sakit, keadaan bayinya agak kritikal di mana tubuhnya membengkak. Malah dirinya berkongsi anaknya perlu dipakaikan saluran tiub pernafasan dan sedang dirawat di rumah sakit.

“Saya sudah melarang hal ini dilakukan kerana tubuh bayi lembut tetapi nenek sebelah suami mengatakan dirinya lebih tahu dengan apa dilakukannya.

Lebih menyedihkan nenek langsung tiada rasa bersalah sebaliknya mengatakan kematian cicitnya adalah sesuatu yang telah ditakdirkan.

Dalam pada itu kata Uswa, dia berharap kisah yang menimpa bayinya boleh menjadi pengajaran buat ibu-ibu muda yang baru mendapat bayi.

BACA KISAH MENARIK DI SINI :– Ibu Kongsi Lukisan Terakhir Anak Syurga, Aydan Gembira “Dibedung” Rupanya Petanda Tubuhnya Dikapan

“Rehatlah Naim, Anak Syurga Mak Long. Moga Kita Bertemu Di Syurga Allah Kelak” Noraniza Idris

Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Ketika Tunai Umrah Bersama Keluarga, Bertuahnya Anak Syurga

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply