Lelaki Islam Dilarang Pakai Warna Merah?

Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar larangan terhadap lelaki Islam untuk memakai pakaian berwarna merah.

Larangan pakaian merah itu juga pernah dizahirkan menerusi beberapa ceramah agama dan pernah menjadi tular di laman-laman media sosial.

Pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin tampil menjelaskan mengenai larangan tersebut menerusi sebuah hantaran video di laman sosialnya.

@drkamilinjamilin 🧣 Boleh Ke Lelaki Pakai Merah? #QnARamadan #Trending ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin

Memetik video itu, Dr Kamilin mengambil pandangan yang mengharuskan lelaki berpakaian serba merah menerusi pandangan sebahagian sahabat dan juga tabiin seperti Abi Thalib RA, Talhah RA, Al-Bara’ bin Azib RA, Said bin Al-Musayyib, Hassan Al-Basri dan lain-lain lagi.

Dalil Surah Al-A’raf (Ayat 31 & 32)

Dr Kamilin berkongsi petikan Al-Quran dari ayat ke 31 surah Al-A’raf yang bermaksud, “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”.

Foto: Ayat 31 Surah Al- A’raf.

Ayat seterusnya pula menyambung, “Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semua itu adalah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia”.

Foto: Ayat 32 Surah Al-A’raf.

Maka ayat demikian jelas menunjukkan yang pakaian merah juga termasuk di dalam pemakaian yang diharuskan selagi tiada dalil terperinci yang melarangnya, demikian jelas Dr Kamilin.

Rasulullah SAW Pernah Berpakaian Merah

Selain itu, Dr Kamilin juga menjelaskan yang ada beberapa hadis yang memberitahu bahawa Rasulullah SAW juga pernah memakai pakaian berwarna merah.

“Hadis Al-Bara’ bin Azib RA riwayat Al-Bukhari yang beliau pernah melihat Nabi SAW berpakaian merah yang mana beliau berkata beliau tak pernah nampak Nabi SAW seindah itu”.

Selain itu, hadis Wahab bin Abdillah RA riwayat Al-Bukhari menyebut yang Rasulullah SAW pernah solat dengan berpakaian merah.

“Jadi kalau dalam solat pun boleh pakai baju merah, di luar (solat) lagilah,” jelas Dr Kamilin.

Foto: Gambar sekadar hiasan.

Rasulullah pernah berkhutbah di Mina dengan berbalut pakaian merah, demikian menurut hadis Amir bin Amru Al-Ansari RA riwayat Abi Dawud.

Jabir bin Samurah RA juga menyebut dalam satu hadis yang beliau pernah melihat Rasulullah SAW berbaju merah pada suatu malam bulan yang terang, sehinggakan baginda kelihatan lebih indah dari bulan purnama.

Hadis Ibn Abbas RA dan Jabir Abdillah RA menyebut yang Rasulullah pernah memakai baju merah pada hari raya dan juga hari Jumaat.

Selain Rasulullah SAW, dua orang cucu baginda iaitu Hassan dan Hussain pernah memakai baju qamis berwarna merah ketika baginda sedang berkhutbah, demikian menurut hadis riwayat Abi Dawud

Kebanyakan Hadis Larangan Baju Merah Adalah Daif

Mengulas mengenai hadis yang menegah dan mencela lelaki yang memakai baju merah, Dr Kamilin menjelaskan yang kebanyakan hadis berkenaan adalah daif ataupun ada ‘illah (kecacatan) tersendiri.

“Contohnya, tidak menyerupai orang kafir ataupun tidak menyerupai wanita sebab masa itu mungkin orang bukan Islam yang suka memakai warna itu. Ataupun golongan wanita yang akan pakai dengan cerupan warna itu”.

Namun dalam kaedah fiqh ada menyebut yang sesuatu hukum akan berpusar atau berpaksi kepada ‘illah nya. Jika tiada ‘illah, maka tiadalah hukum tersebut, tambah Dr Kamilin.

Foto: Gambar sekadar hiasan.

“Contohnya zaman ini, merah itu bukan simbolik atau sinonim dengan wanita ataupun orang bukan Islam. Kita orang Islam pun pakai macam biasa. Maka tiada sebab mengapa warna merah itu tidak boleh semata-mata”.

Secara tuntasnya, orang Islam dituntut untuk memakai pakaian yang mudah dan tidak membebankan baginya. Oleh itu, tiada masalah bagi seorang lelaki memakai baju berwarna merah, yang penting tidak menyerupai orang kafir ataupun wanita.

Sumber: Instagram Dr Kamilin Jamilin

BACA: Hajar Aswad: Jangan Sampai Menyakiti Atau Disakiti – Dr Kamilin Jamilin

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply