Bekas Tomboy MELODY PRIMA Dedah Perubahan Hidup Selepas Bertudung

Selebriti Indonesia, Melody Prima meraih perhatian ramai dengan penampilan baharunya.

Dulu Melody Prima dikenali sebagai seorang tomboy kini dia kelihatan semakin anggun apatah lagi bertudung dan menutup aurat sepenuhnya.

Kredit Foto: IG melodyprima

Bintang sinetron Si Biang Kerok ini banyak bercerita tentang kehidupannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nyayu Melody Prima Ananda (@melodyprima)

Ibu tunggal berusia 29 tahun ini mengalami perubahan ketara selepas bertudung.

Ternyata hatinya kini lebih tenang dan meminati fesyen.

Kredit Foto: IG melodyprima

Kredit Foto: IG melodyprima

Kredit Foto: IG melodyprima

Pun begitu, Melody Prima yang sebelum ini sinonim dengan imej tomboy masih kekok untuk memilih pakaian dengan gaya yang sesuai.

BACA JUGA: Hasil Karya Pernah Diremehkan RIA MIRANDA Kini Muncul Sebagai Pereka Fesyen Tersohor Indonesia

BACA JUGA: Asal Indonesia & Dibesarkan Di Jepun AUFA TOKYO Buktikan Tudung Bukan Halangan Untuk Berfesyen, Hana Tajima Jadi Inspirasi

“Saya rasa jauh lebih tenang, saya juga seronok menyuai padan pakaian dan menggayakan tudung,” kata Melody ketika ditemui di studio Trans TV Pagi Pagi Ambyar, Jakarta Selatan.

“Mula-mula keliru, dulu rambut mohawk, warna-warni, pening nak pakai gaya apa,” katanya lagi.

Kredit Foto: IG melodyprima

Selepas bertudung dan berpisah dengan bekas suami, Melody Prima turut memberitahu dia mempunyai hobi baharu iaitu mengembara.

Menerusi muat naik Instagram peribadinya, Melody Prima dilihat banyak menghabiskan masa bercuti di luar negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nyayu Melody Prima Ananda (@melodyprima)

“Sejak kebelakangan ini, hobi saya adalah melancong. Selepas kembali bujang, saya lebih bebas untuk ke mana-mana,” kata Melody Prima.

Selain Paris, Singapura dan Switzerland, Melody Paris turut berpeluang mengerjakan ibadah umrah di Mekah.

Kredit Foto: IG melodyprima

Tahun ini pula dia bercadang untuk ke Jepun pula.

Kredit Foto: IG melodyprima

Melody Prima turut mendedahkan, dia masih belum terfikir untuk mempunyai pasangan baharu.

Ini kerana Melody Prima hanya fokus menjaga anak sambil menikmati momen kembali single.

Kredit Foto: IG melodyprima

Kredit Foto: IG melodyprima

“Saya benar-benar menikmati hidup saya sekarang. Saya sangat gembira pada masa ini,” akhirinya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di SINI

 

Comments

Leave a Reply