Ibu Bapa Yang Ada Anak Lelaki & Perempuan Itu Ibarat Dapat Bonus

Bagi ibu yang mempunyai anak lelaki dan anak perempuan, itu adalah bonus untuk anda. Paling penting, jagalah amanah yang Allah berikan sebaiknya. Mesti ingat satu perkara, semuanya kurniaan Allah.

Artikel lain: Anak Lelaki Kalau Ikut Muka Ibu Sejuk Kata Orang Tua-tua, Wan Khair Amir copy paste Wajah Mira Filzah

Selalunya bagi pasangan yang baru berkahwin pasti tidak sabar mahu menimang anak. Anak sulung, tak kisah apa pun jantinanya yang penting sihat dan sempurna. Hamil anak kedua, rasanya setiap ibu mesti ingin anak berlainan jantina daripada yang sulung. Kalau anak sulung lelaki, harapnya kali ni dapat anak perempuan.

Ibu Bapa Yang Ada Anak Lelaki & Perempuan Itu Ibarat Dapat Bonus

 

Rasanya itulah yang bermain di fikiran setiap ibu. Jika sebelum ini anak sulung perempuan, tentu yang kedua anak lelaki pula. Tetapi bagaimana setiap kali lahir, jantinanya tetap sama. Kadang-kadang, 4 orang anak lelaki dan ada juga 3 orang semuanya anak perempuan.

Pokok pangkalnya semua itu adalah rezeki Allah. Ibu dan ayah jangan sedih bila ditakdirkan memperoleh semua anak lelaki atau semua anak perempuan. DIA yang Mahu Tahu dan Maha Atur segala-galanya. Setiap anak itu telah ditetapkan rezeki untuknya.

Lagi artikel: Ayah Kena Tahu Cara Didik Anak Perempuan, Tak Perlu Garang Macam Singa

Beza Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Anak lelaki atau anak perempuan, masing-masing mempunyai kerenah tersendiri. Antara sabar dan tak sabar sahaja dalam usaha membesarkan mereka. Pengalaman ibu-ibu berbeza-beza.

1. Anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya.

2. Bila ada anak perempuan seorang dalam keluarga dan yang lainnya adik-beradik lelaki, segala tingkah laku anak perempuan sedikit sebanyak akan ikut cara abangnya. Lasak dan kasar.

3. Abang buli adik nombor dua. Anak nombor dua pun lebih kurang sama akan buli adik bawahnya. Masing-masing cuba nak menangkan diri mereka.

4. Bab sepahkan barang pun boleh tahan juga anak perempuan. Peliknya, kalau dia sepahkan barang, abang yang akan tolong kemaskan sambil mulut abang membebel sebab terpaksa kemaskan barang adik.

5. Kalau anak perempuan nak sesuatu barang, dia akan mengamuk di situ juga tak kira ada orang atau tidak. Janji dia dapat barang yang dia nak. Tapi anak lelaki, dia mengamuk sekejap sahaja. Pujuk dengan benda lain terus senyap.

6. Anak perempuan suka cakap sorang-sorang. Entah apa yang dia cakap pun kita tak tahu. Kadang-kadang dia boleh ajuk cakap cikgunya semasa di sekolah.

7. Pakaian yang sudah dipakai atau tuala yang digunakan berselerak di atas lantai. Bila disuruh baru buat. Tapi anak lelaki, dia tukar pakaian atau tuala terus kemas di tempat yang biasa simpan.

8. Anak perempuan, bila dapat telefon bimbit di tangan, dia akan main games perang-perang, jaranglah main games yang ke arah keperempuanan.

9. Kata orang anak lelaki lasak tapi sebenarnya lasak mereka lebih kurang sama sahaja. Ada anak perempuan yang lebih lasak daripada anak lelaki.

10. Lasak, manja, mengada-ngada, garang, buli adik semuanya menjadi hiburan buat ibu bapa. Sunyinya rumah bila mereka ke sekolah.

Kredit foto (top image): Instagram Amyra Rosli

Baca lagi: Tersalah Didik, Anak Lelaki Boleh Jadi Raja Elakkan 5 Perkara Ni!

Didiklah Anak Perempuan Dengan Adab, Lindungi Sebaiknya Penuh Kasih Sayang!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply