Nora Danish berkongsi ditipu kontraktor yang diupahnya dan terpaksa tidur di hotel selama 4 bulan. Malah, pelakon jelita ini mendakwa kontraktor tersebut gagal menyiapkan projek mengubahsuai rumahnya walaupun pembayaran sudah dibuat hampir 90%.
Memang kecewa dan sedih apabila wang yang kita keluarkan untuk renovasi rumah tidak setimpal dengan apa yang diharapkan.
“Lock & Store bayar sejak Ogos. Dari Januari patut siap, duit dah bayar 90%. Sekarang dah masuk bulan April. Nak kata sabar, saya dah sabar lama. Memang polis lah jawabnya.” tulis Nora di Instastory.
Menurutnya, sepanjang tempoh renovation itu, dia dan keluarga telah tinggal di hotel lebih daripada 4 bulan dan seterusnya menetap di rumah ibunya selama 3 bulan.
“Salah saya sebab percaya seorang individu yang digelar ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki. Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor yang penipu dan tak berhati perut.
“Semua pakaian kami dalam beg plastik ikea. Kena korek setiap kali nak pakai. Nak start kerja pun susah. Anak-anak tidur sana sini.” tambahnya.
Susulan itu, Nora memberi tempoh sehingga minggu hadapan sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua individu tersebut. Malah, dia berharap dengan tindakan ini dapat buka mata semua pihak agar berhati-hati dalam memilih kawan dan juga kontraktor.
Nora juga berharap semoga perkongsiannya itu dapat membuka mata masyarakat untuk sentiasa berhati-hati dalam berkawan, mempercayai seseorang serta memilih kontraktor yang jujur.
TIP PILIH KONTRAKTOR ELAK DITIPU
Rentetan daripada isu ini kami kongsikan tip pilih kontraktor agar tak ditipu. Apabila hendak memilih kontraktor, pilihlah kontraktor yang memberi sebutharga lengkap ada spesifikasi. Bukan harga pukal atau lumpsum.
1. Sebut harga adalah setiap kerja yang dilakukan, diterangkan dengan jelas skop kerja tersebut, bagaimana kerja tersebut dijalankan, siap dengan sukatan ukuran berapa banyak atau berapa luas kerja itu dilakukan. Dalam bahasa industri, kita sebut spesifikasi.
2. Ini supaya tuan rumah pun mudah untuk periksa sendiri harga yang dicaj itu sama dengan harga yang ditawarkan dalam sebutharga dan setanding dengan kerja yang dilaksanakan kontraktor.
Kredit foto: Pexels
3. Contohnya jika minta tukar pintu baru.
Kontraktor yang beri harga ikut spesifikasi akan beri sebutharga seperti berikut:
— Membuka pintu lama, membekal dan memasang pintu nyatoh saiz xxxxxxx di ruang bilik tidur utama lengkap dengan sistem kekunci – 1 unit RM200.
4. Sekiranya dia beri sebutharga – Lumpsum RM200.00, tuan rumah berisiko menghadapi situasi begini:
“Incik, pintu lama mahu buka ke?”
Tuan rumah jawab, iye, bukalah.
“Incik, pintu lama ini mahu simpan atau mahu buang?”
Tuan rumah jawab, iyelah, takkan nak simpan pulak.
“Incik, ini pintu mahu pasang kunci biasa atau kunci terbaikkkkk?”
Tuan rumah jawab, mestilah yang terbaiiikkkkk.
5. Kemudian tuan rumah terpaksa pula menghadapi bil yang dikeluarkan RM500.00 untuk tampung harga berikut.
Harga buka pintu lama – RM100.00
Harga sewa lori buang pintu lama – RM100.00
Harga pasang pintu baru seperti dalam sebutharga – RM200.00
Harga pasang sistem kekunci spec terbaikkkkkk- RM100.00
Jumlah RM500.00
Mahu tak mahu terpaksalah bayar.
Kredit foto: Pixabay
6. Sekiranya dalam perbincangan secara lisan, kontraktor telah terangkan kerjanya secara detail. tentang harga yang diberinya adalah meliputi kerja-kerja yang lengkap, minta juga perincian kerja itu dituliskan dalam sebutharga.
7. Apabila ada sebutharga bertulis, sekiranya ada pertikaian, nak viral ke, buat aduan polis ke, masuk tribunal ke, saman ke, sekurangnya ada sebutharga bertulis sebagai bukti.
Bila sudah bergaduh dan tiada benda bertulis, masa itulah masing-masing akan tuduh menuduh satu sama lain. Masa nak kerja cakap lain, bila dah setuju kasi kerja cakap lain pula. Masa nak harga diskaun, setuju tak pasang itu ini, bila dah siap, bising kerja tak lengkap takde itu ini.
8. Bergaduh dan tuduh menuduh ni, bukan sahaja menimbulkan sakit hati, silap-silap boleh tambah dosa kerana mengada-adakan benda yang tiada. Lebih berdosa, bila terngumpat di belakang pula.
IMPIANA mendoakan semoga dipermudahkan urusan Nora Danish sekeluarga dan proses ubah suai rumah dapat disiapkan dengan segera.
Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!
Sumber: Instagram Nora Danish, Facebook Mahanom M Mohammad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.