Cepat dan terletak cantik, ini cara mudah gosok tudung pleated kesayangan pakai seterika rumah, barulah lipatan maintain kemas macam baru dibeli.
Gaya tudung pleated kian diminati hijabista lantaran sifatnya yang mudah dibentuk dan tidak perlukan penjagaan rumit. Ada segelintirnya tak perlu digosok, menjadikan tudung pleated senang dibawa travel atau dipakai harian.
Namun jika dilipat, pastilah ada ‘garisan’ atau kedut yang minimal, kan? Sebenarnya tak susah pun nak menggosoknya, anda boleh lakukan dengan mudah tanpa merosakkan pleated tudung hanya dengan menggunakan seterika rumah.
Melalui perkongsian jenama tudung Carmelita, anda boleh menggunakan seterika biasa, steam iron atau garment steamer untuk merapikan tudung pleated.
3 CARA MUDAH GOSOK TUDUNG PLEATED
(1) Seterika Rumah
Tudung pleated www.hijabista.com.my
- Sediakan seterika: Pastikan seterika dalam keadaan bersih dan suhunya sesuai untuk fabrik tudung pleated anda.
- Letakkan tudung: Bentangkan tudung pleated di atas papan seterika.
- Gosok perlahan: Gosok permukaan tudung pleated dengan perlahan dan pastikan seterika rumah tidak ditekan terlalu kuat. Gerakan seterika harus ringan untuk mengelakkan kerosakan pada lipatan.
(2) Steam Iron
Tudung pleated www.hijabista.com.my
- Sediakan steam iron: Gunakan steamer yang berkualiti untuk hasil yang terbaik.
- Tetapan wap: Mulakan mengewap tudung pleated dengan perlahan. Mengewap adalah cara yang lembut dan berkesan untuk melicinkan kedut tudung pleated tanpa menghilangkan lipatan semula jadinya.
- Tidak menekan kain: Elakkan menekan tudung pleated dengan steam iron. Biarkan wap bekerja untuk melicinkan lipatan tanpa merosakkannya.
(3) Garment Steamer
Tudung pleated www.hijabista.com.my
- Steamer berdiri: Jika anda menggunakan garment steamer berdiri, ia lebih memudahkan anda untuk melihat dan mengemaskan kedutan pada tudung pleated.
- Cara penyimpanan yang betul seperti menggantung tudung pleated selepas dibasuh dapat memelihara kecantikan tudung kesayangan anda tanpa merosakkan lipatan.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/penampilan-ashanty-berhijab-undang-pujian-cantiknya-isteri-anang-hermansyah/
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.