Kerja rumah memang memenatkan tapi ramai yang tak nampak. Sebenarnya bukan mudah jadi suri rumah tangga. Mungkin secara zahirnya, ada yang melihat rutin suri rumah tangga tidak penat dan tak perlu bebankan otak dengan masalah kerja.
Sesetengah orang beranggapan, kerja seorang suri rumah paling mudah. Tak perlu perah otak di tempat kerja atau kena marah dengan bos kalau terlepas dateline. Malah, ada yang anggapa suri rumah boleh bersenang-lenang sambil menonton televisyen di ruamh dan bergosip dengan jiran.
Artikel berkaitan: Isteri Boleh Saja Minta Suami Tolong Buat Kerja Rumah, Kena Tahu Dulu Apa Pantang Larangnya
Sebenarnya, menjadi suri rumah sangat meletihkan. Lebih letih daripada anda kerja di pejabat. Mana tidaknya, suri rumah bekerja tanpa henti biarpun anak dan suami sudah keluar ke sekolah dan ke pejabat.
Inilah antara sebab kenapa kerja suri rumah cukup memenatkan, tetapi orang tidak nampak. Jom kita semak sama-sama!
1.Pening Fikir Menu
Mungkin remeh bagi sesetengah orang tetapi tidak pada suri rumah. Bayangkan celik mata sahaja, yang difikirkan ibu-ibu adalah nak masak apa ya hari ini? Jika tanya pada sang suami, jawapans elamat masakalah apapun abang okey je. Janji balik saja ke rumah, makanan semua telah terhidang.
Jika setiap hari menu yang sama, suami dan anak-anak bosan pula kan. Sebab itu kalau boleh ibu-ibu mahu sediakan menu berbeza dan itulah yang memeningkan mereka. tambah lagi jika ada anak kecil, kenalah sediakan menu yang sesuai. Takkan nak kasi sama dengan orang dewasa.
2. Hantar Anak Ke Sekolah/Taska
Awal-awal pagi orang lain masih berdengkur, si ibu sudah bangun jam 4-5 pagi untuk siapkan kelengkapan anak-anak dan suami. Baju sekolah siap kemas bergosok. Beg sekolah diisi dengan buku yang mengikut jadual hari tersebut.
Begitulah rutin harian si ibu. Siap anak-anak kemudian hantar ke sekolah. Kemudian tunggu waktu pulang untuk ambil anak-anak pula. Orang nampak kerja suri rumah macam mudah tetapi sebaliknya. Penat hanya yang melaluinya sahaja tahu.
Lagi artikel: Suami Bila Bantu Bereskan Kerja Rumah, Isteri Bahagia, Hati Berbunga-bunga
3. Mengingati Aktiviti Anak
Ibu ibarat ‘setiausaha’ untuk anak-anak terutama dalam menyusun aktiviti mereka.Segala bab berkaitan pakain sukan, kelas tambahan, perjumaan dengan guru dan ibu bapa, hari suakn dan sebagainya, ibu orang yang pertama tahu.
Pendek kata segala hal berkaitan anak-anak si ibu orang yang cepat tahu. Tak kisahlah digelar mak cik bawang atau sebagainya, namun bab anak mereka memang alert. Kalau boleh dengan cikgu-cikgu pun mereka boleh berkawan baik.
Bayangkan kalau ada 3-4 orang anak, tapi mereka dapat ingat dengan jayanya. Hebatnya seorang ibu, segala data tentang anak sudah tersimpan dalam otak mereka persis sebuah komputer.
4. Mengingati Temujanji Doktor
Bukan itu sahaja, bab-bab kesihatan juga ibu-ibu cukup alert terutama tarikh tarikh temujanji dengan doktor sekiranya anak-anak atau suami sakit.
Itu belum bab temu janji untuk kehamilan, vaksinasi anak, pergigian atau check-up bulanan. Kadang-kadang masa mereka dihabis dengan perkara-perkara seperti ini.
5. Membeli Barang Dapur/Rumah
Zaman sekarang, orang cakap segalanya dihujung jari. Hanya klik dan anda boleh dapat apa jua barang. Tetapi bagi yang masih mengamalkan konsep membeli di pasar raya, bab ini agak memeningkan juga. Lebih-lebih lagi jika yang membeli adalah sang suami.
Suami mungkin anggap terlupa sesuatu barang adalah benda yang remeh padahal sudah diberi list panjang. Tapi berbeza dengan isteri, jika ada barang yang tak cukup, si isteri akan pening kepala nak ubah menu. Jadi, janganlah dicatu senarai barang tadi.
Selain itu, perasan atau tidak, bila barang seperti tisu, sabun, penyembur nyamuk dah nak habis, si isteri akan menggantikannya dengan yang baru. Lihatlah betapa pekanya mereka.
Lagi artikel: Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah, Baru Tahu Penatnya, Hormat Pada Ibu, Pandai Berdikari
6. Mengemas Rumah
Jika anda jenis pembersih orangnya, memang bab ni sangat partikular. setiap hari entah berapa kali agaknya si ibu menyapu. Ada sahaja habuk atau sampah yang menyakitkan mata bukan?
Geram pula apabila baru sahaja mengemas, sudah ada tangan-tangan yang menyepahkannya. Aduh, sakit hati bukan. Sebab itu, bab mengemas ni memang memeningkan kepala si ibu. Walaupun mungkin pada pandangan suami tidak payah beratkan kepala, boleh saja kemas kemudian. Tetapi tidak bagi ibu-ibu yang tidak suka rumah bersepah.
7. Merancang Sambutan Perayaan
Waktu ini memang tiada siapa boleh mengatasi kesibukan seorang suri rumah. Tiap kali menjelang musim perayaan, memang ibu orang yang paling rajin dan sibuk. Baik bab keperluan anak-anak sehinggalah kepada kediaman. Baik bab membuat atau membeli kuih raya, kelengkapan dapur, hiasan rumah, dan cari baju untuk anak-anak, semuanya mereka yang uruskan. Suami a.k.a ayah hanya tahu hulurkan wang 😀
8. Merangka Jadual Anak-anak Di Rumah
Biarpun bergelar suri rumah, ibu-ibu yang akan berperanan sebagai cikgu di rumah. Sudah ada jadual khusus untuk waktu anak-anak belajar dan bermain. Itu belum bab menyemak dan memberi latihan pada anak-anak.
Yang pasti, wanita, ibu atau isteri yang bergelar suri rumah ini sememangnya hebat. Mereka mampu menyelesaikan banyak kerja dalam satu masa.
Sekalipun kerja-kerja di atas nampak remeh dan mudah, namun ia sebenarnya memakankan tenaga banyak dan mental yang kuat. Sebab itu, kalau sentuh soal ‘kerja’ mereka dia rumah, mereka cepat tersentuh.
Cuba bayangkan sehari tanpa isteri di rumah, haru biru hidup anda. Oleh itu, hargailah usaha isteri anda setiap hari, walaupun mereka kelihatan macam ‘tak buat apa-apa’.
Baca lagi: ‘Umur 40-an Bukan Fasa Bertempik, Suruh Suami, Anak Buat Kerja Rumah.” Latih Dari Awal
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.