Susu ibu salah satu makanan berkhasiat dan seimbang yang Allah berikan kepada wanita untuk disusukan kepada bayinya. Bagaimanapun ibu jangan tayang gambar sedang menyusukan anak atau stok susu.
Melalui susuan ibu ada banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh ibu dan bayi. Antaranya ia dapat mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak yang menyusu. Walaupun ibu yang menyusukan anak namun peranan membesarkan anak tetap dipertanggungjawabkan pada dua orang iaitu ibu dan ayah.
Artikel lain: Aktiviti Membakar 500 Kalori, Jangan Marah Ibu Tidur Selepas Menyusukan Anak!
Ibu Jangan Tayang Gambar Sedang Menysukan Anak Atau Stok Susu
Jika ibu bertanggungjawab memberikan makanan awal terbaik (susu ibu) kepada anak, ayah pula kena menjaga kebajikan ibu yang menyusu dengan menyediakan makanan yang cukup dan pakaian yang selesa.
Dos’ & Don’ts Bergelar Ibu Menyusu
Menurut Ts Siti Fatahiyah Mahamood, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam mengingatkan beberapa perkara yang boleh ataupun tidak boleh dilakukan oleh ibu menyusu mengikut pandangan Islam ketika dijemput sebagai salah seorang speaker webinar penyusuan Ya, Aku Mampu Susukan Anak.
Amalan Ketika Menyusukan Anak
Katanya ketika menyusukan anak, peluklah anak dalam pelukan yang selesa sebab anak akan rasa selesa dan selamat.
“Ibu menyusu kena peluk dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Bila menyusu, pandang anak dalam pelukan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
JADI BILA SUSU DENGAN IKHLAS DAN KASIH SAYANG MAKA AKAN MEMBENTUK HUBUNGAN YANG ERAT, MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN ANAK AKAN MELALUI PEMBESARAN YANG BAIK.
Tidak dinafikan bila menyusukan anak kadangkala ibu tak sihat atau ada masalah-masalah lain macam mengalami bengkak susu dan sebagainya tapi bila ada dua faktor iaitu ikhlas dan kasih sayang, macam mana pun dia sakit dan tak sihat dia akan menyusu anak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.”
Kata Ts Siti Fatahiyah lagi, ia sebagai salah satu tanda kekuasan Allah SWT. Ibu menyusu ini antara yang terpilih untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT melalui proses menyusukan anak.
Artikel berkaitan: Senang Hadam, Susu Ibu Susu Terbaik! Lagi Bagus Dari Susu Lembu.
Sebaiknya semasa menyusukan anak, ibu amalkan berzikir dan berdoa. Semoga dengan doa dan zikir ia menjadi asbab anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Ini kerana fasa menyusu adalah proses awal pendidikan anak. Jika boleh ibu tak perlu pasang muzik yang tiada manfaatnya.
Ada Sebabnya Tak Boleh
Elak Buat Perkara Ini
Beliau turut berpesan agar ibu menyusu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak semasa menyusukan mereka.
1. Jangan menyusu anak ketika dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan sangat marah. Sebab menyusu anak berlaku bila selamat melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi ibu ada pelbagai perubahan disebabkan pertukaran hormon dan sebagainya. Bila dalam pantang ibu kena kawal iman dan emosi supaya tak terbawa-bawa dalam emosi tak menentu. Jadi pastikan tak berada dalam keadaan tertekan atau emosi tak terkawal.
2. Menyusu juga satu proses pendidikan awal anak melalui penyusuan. Jadi ibu kena jaga akhlak dan aurat. Maksudnya tengah menyusu anak janganlah buat perkara yang menjatuhkan akhlak seperti bergaduh dengan suami, bergaduh dengan anak yang lain dan orang-orang sekeliling.
3. Ibu menyusu juga kena jaga aurat. Ibu perlu prihatin kepada keadaan menyusu. Ibu kena lihat persekitaran untuk memastikan auratnya terjaga. Sekarang sudah ada bilik khas untuk ibu menyusu di kebanyakan pusat membeli-belah. Ini bermaksud dunia juga mengiktiraf penyusuan susu ibu.
Ibu menyusu biasanya tahu bila masa anak dia kena menyusu, jadi bila nak keluar rumah atas urusan dan bila tiba masa menyusu anak, pastikan dah cari siap-siap tempat sesuai untuk menyusukan anak.
Lagi artikel: Aurat Ibu Masa Menyusukan Anak Kena Jaga, Didik Ajar Anak-Anak Lain Rasa Hormat!
Susukan anak dengan penuh beradab dan penuh sifat malu dan keadaan menutup aurat dalam erti kata sebenar. Walaupun ibu sudah menutup aurat dengan memakai tudung ia bukan alasan untuk ibu menyusukan anak di mana-mana.
SEBAIKNYA CARI TEMPAT YANG KHUSUS UNTUK IBU MENYUSU BAGI MENGELAKKAN FITNAH. MENYUSUKAN ANAK DI DALAM KERETA BOLEH TAPI PASTIKAN AURAT IBU SENTIASA TERJAGA.
4. Jangan asyik nak berselfie semasa menyusu anak. Ya, betul perbuatan menyusukan anak itu sangat bagus tapi janganlah tunjuk perkara yang boleh membawa kepada fitnah.
5. Trend sekarang juga ibu suka berkongsi gambar stok susu yang telah diperah. Walaupun alasannya berkongsi sebagai inspirasi di platform media sosial peribadi tetapi ia tetap mendedahkan aurat dan maruah sebagai wanita muslim.
Ts Siti Fatahiyah turut berkongsi sabda Nabi saw tentang kepentingan wanita muslim menjaga sifat malu kerana malu itu menjadi perhiasan kepada wanita solehah.
“Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan dan kalau tidak merasa malu maka lakukan sahajalah apa yang kamu inginkan”
Maksudnya malu itu datang dengan kebaikan. Sebagai wanita solehah malu itu perlu dijaga. Kalau semua kita tak jaga takut-takut jadi fitnah.
Baca lagi: Betik Muda Masak Bening, Melancarkan Pengaliran Susu Ibu Dan Bagus Untuk Penghadaman
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.