Selebriti Indonesia ZASKIA GOTIX Bertudung Selepas Pulang Umrah, Mohon Doa Kekal Istiqamah

Selebriti Indonesia Zaskia Gotix bertudung selepas pulang mengerjakan umrah pada Oktober 2023. Zaskia Gotix turut mohon doa agar kekal istiqamah.

Kredit Foto: IG @zaskia_gotix

Penyanyi dangdut ini membuat keputusan untuk memakai tudung selepas menjalani ibadah umrah bersama suami dan anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atika Atika (@atikamurdan)

“Setiap hari berhijab di tanah suci membuatkan saya rasa selesa. Sehingga akhirnya, saya mengambil keputusan untuk terus memakainya selepas pulang ke Indonesia,” kata Zaskia Gotik di YouTube STARPRO.

Sejak itu, penampilan Zaskia Gotix kelihatan lebih anggun namun tetap fashionable. Berikut beberapa koleksi gambar terkini Zaskia Gotix kelihatan yang cantik berhijab.

  1. Zaskia Gotix kelihatan selesa mengenakan pashmina polos dan riasan natural ketika bersama keluarga.

Kredit Foto: IG @zaskia_gotix

2. Zaskia Gotix turut mengenakan baju adat berwarna shocking pink ketika menghadiri majlis sekolah anak perempuannya. Pemilihan warna tudung juga senada agar kelihatan lebih matching.

Kredit Foto: IG @zaskia_gotix

BACA JUGA: Cantiknya! Gaya 7 Selebriti Bertudung Indonesia Ini Jadi Inspirasi Dalam Berfesyen

3. Pernampilan Zaskia Gotix tanpa solekan setelah melakukan perawatan wajah. Semakin cantik dan glowing!

Kredit Foto: IG @zaskia_gotix

4. Selain memakai selendang, Zaskia Gotix turut kelihatan manis dengan tudung empat segi atau bawal.

Kredit Foto: IG @zaskia_gotix

5. Zaskia Gotix mengenakan kebaya moden lengan panjang ketika menghadiri majlis formal. Penampilannya terlihat anggun dengan riasan natural.

Kredit Foto: IG @zaskia_gotix

6. Gaya berbeza ditonjolkan Zaskia Gotix ketika bercuti di laut. Memilih t-shirt lengan pendek yang dipadankan dengan inner hitam lengan panjang dan legging rona senada. Warna hitam membantu menyamarkan bentuk badan. 

Kredit Foto: IG @zaskia_gotix

Menurut Zaskia Gotix, untuk terus berhijab bukanlah keputusan yang mudah. Dia mengakui masih dalam proses pembelajaran untuk menguatkan hati dan konsisten menutup aurat.

Tambah Zaskia Gotix, rasa selesa yang sedang bercambah dalam dirinya kini adalah petunjuk daripada Allah untuk membimbingnya terus bertudung. Rata para pengikut dan peminatnya menzahirkan kata-kata semangat serta doa agar Zaskia Gotix kekal istiqamah sebagai seorang Muslimah sejati.

Kredit Foto: IG @zaskia_gotix

Semoga Zaskia Gotix terus istiqamah dengan penampilan barunya dan sentiasa di bawah rahmatNya.

Comments

Leave a Reply