Projek Kereta Kabel Bukit Bendera Dapat Kelulusan Penuh

Kini menjadi kenyataan yang semakin hampir, kerja-kerja pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera di Pulau Pinang bakal memulakan langkahnya pada penghujung Mei atau awal Jun ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan, dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, projek mega bernilai RM250 hingga RM300 juta ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Pengumuman ini disampaikan beliau semasa beliau menghadiri Karnival Raya Aidilfitri Parlimen Bukit Bendera baru-baru ini, di mana beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri telah menerima kelulusan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perancangan Fizikal Negara, dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menjalankan projek ini.

Gambar Hiasan

Kereta kabel sepanjang 2.7 kilometer itu akan membawa pengunjung dari Taman Botani sehingga ke puncak Bukit Bendera dengan masa perjalanan kira-kira 10 minit sahaja. Zairil menjelaskan bahawa ini akan memberi alternatif kepada pengunjung terutama ketika musim cuti sekolah yang selalunya sesak dengan pengunjung menunggu lama untuk menaiki kereta api funikular ke puncak berkenaan.

Perancangan projek ini tidak hanya memperuntukkan keselesaan pengunjung, tetapi juga menjadikan alam sekitar sebagai perkara yang menjadi keutamaan. Zairil menekankan bahawa pelaksanaan projek ini mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan dan kesannya kepada alam sekitar amat minimum. Ini termasuklah jumlah pokok yang dipotong yang amat sedikit dan tiada pokok warisan yang akan terjejas.

Gambar Hiasan

Syarikat Hartasuma Sdn Bhd telah dipilih untuk memenangi projek ini dengan pelaburan sebanyak RM250 juta. Ini merupakan satu inisiatif perkongsian awam swasta dengan kerajaan Pulau Pinang. Permohonan cadangan bagi perkhidmatan kereta kabel Bukit Bendera telah bermula pada 13 Januari 2021 dan dilanjutkan hingga 30 November 2022 berikutan pandemik COVID-19.

Dengan pembinaan kereta kabel ini, dijangka akan memberi impak positif kepada industri pelancongan di Pulau Pinang serta memberi pengalaman pengangkutan yang unik dan menyeronokkan kepada pengunjung yang berkunjung ke Bukit Bendera.

Baca: Honda Gyro Up, Skuter ‘Rare’ Dari Honda Setanding Motocompo

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Ikuti ulasan mendalam kami mengenai Aveta Ranger Max Explorer, motor cup adventure yang pertama kali menggegarkan pasaran Malaysia! Benarkah ia mampu menguasai medan off-road seperti yang digembar-gemburkan? Soalan paling lazim, Senang ke nak cari spare part ? kalau rosak kat mana nak repair?

Semua kami dah jawab, tonton video ni sampai habis okay?

Jangan lupa follow semua platform sosial media Roda Panas di Facebook, Instagram, TikTok dan X” />

 

Comments

Leave a Reply