Cara Bayar Saman AES Secara Online, Tidak Perlu Ke Kaunter JPJ

Pembayaran saman AES (Automated Enforcement System) kini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi JPJ MySikap, yang telah dilancarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai sebahagian daripada usaha memodenkan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna jalan raya di Malaysia.

Berikut adalah langkah-langkah bagaimana anda boleh membayar saman AES melalui aplikasi ini.

1. Buka Laman Sesawang JPJ MySikap

Pembayaran saman AES lebih mudah melalui laman sesawang JPJ MySikap. anda perlu mendaftar dan log masuk ke dalam laman sesawang tersebut.

Sekiranya anda sudah memiliki akaun MySikap, anda boleh terus log masuk menggunakan maklumat yang telah anda simpan. Jika anda belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar dengan mengisi maklumat yang diperlukan seperti nombor IC, alamat emel, dan nombor telefon.

2. Navigasi ke “Kesalahan & Penalti”

Setelah berjaya log masuk, navigasikan ke menu “Kesalahan & Penalti” dalam laman sesawang tersebut. Menu ini akan menunjukkan semua saman yang telah dikeluarkan terhadap anda, termasuk saman AES. Anda juga boleh semak kesalahan melalui no pendaftaran kenderaan atau no kad pengenalan lain juga.

3. Pilih Saman AES yang Ingin Dibayar

Anda boleh melihat butiran saman yang telah dikeluarkan terhadap kenderaan anda. Pilih saman AES yang anda ingin selesaikan. Anda juga akan dapat melihat jumlah denda yang perlu dibayar.

4. Lakukan Pembayaran

Setelah memilih saman yang ingin dibayar, pilih kaedah pembayaran yang disediakan oleh laman seswang tersebut. Pembayaran boleh dilakukan melalui pelbagai cara termasuk kad kredit, kad debit, atau melalui e-dompet. Ikuti arahan pada aplikasi untuk menyelesaikan transaksi pembayaran.

5. Simpan atau Cetak Resit Pembayaran

Setelah pembayaran berjaya, anda akan menerima resit pembayaran. Adalah penting untuk menyimpan atau mencetak resit ini sebagai bukti pembayaran yang sah, yang mungkin diperlukan untuk rujukan masa depan atau sebagai bukti pembayaran saman.

Mudah dan pantas, namun pastikan anda membayar saman AES sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mengelakkan anda dikenakan tindakan undang-undang.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Comments

Leave a Reply