Mak ayah mana yang tidak bimbang bila mana anak batuk tak berhenti walau pun sudah mendapatkan rawatan dan makan ubat setiap hari.
Hati-hati, batuk anak boleh jadi bukan masalah kuman tapi alahan yang dialami oleh anak. Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Batuk anak, kalau dah lebih 2/3 minggu masih tak baik lagi, boleh jadi berpunca dari alahan. Bukan batuk sebab jangkitan kuman. 7 tanda ibu ayah perlu tahu bila anak dapat allergic cough.
1. Kita sangka anak batuk sebab jangkitan kuman. Rupanya sistem imun anak sendiri yang bertindakbalas dengan bendasing yang masuk ke tubuh anak samada melalui hidung (bauan toksik/habuk/asap rokok) atau mulut (makan/minum tertentu contohnya yang tinggi MSG, pewarna tiruan, gandum GMO dan sebagainya).
2. Anak akan batuk secara tiba-tiba, lepas makan atau minum sesuatu, atau selepas terhidu bauan, habuk atau asap rokok. Anak akan terus batuk tak berhenti dan kerap, macam ada yang tak lepas di kerongkong.
3. Biasanya batuk kering tanpa kahak. Kalau batuk berkahak, warnanya putih, bukan kuning, bukan juga hijau.
4. Allergic cough ni tak berjangkit. Bukan disebabkan virus dan bakteria, ia disebabkan alahan. Risiko batuk berjangkit ke adik beradik lain, tak akan berlaku.
5. Selagi tak hilangkan punca alahan, selagi tu batuk anak akan susah nak sembuh. Makan ubat, berhari-hari, berminggu-minggu, antibiotik dah berapa cycle pun, masih tak sembuh. Anak alah asap rokok, tiap hari ayah masih hisap rokok, atau anak alah keropok tinggi MSG, tiap hari jugak masih makan. Memang payah batuk nak hilang kalau macam ni.
6. Usaha stop kan dulu semua jenis makanan tinggi proses, jajan, biskut, roti, air kotak, susu berperisa, gula-gula. Ini semua antara makanan dan minuman yang kerap beli kesan alahan pada anak.
7. Rawatan segera untuk allergic cough, boleh bawa anak jumpa doktor untuk ambil antihistamin. Atau kalau yang biasa dengan rawatan natural, boleh cuba habbatussauda’, honey garlic, magnesium flakes atau air kelapa. Kalau serasi, biasanya kejap je batuk anak baik. Empat remedies ni, semuanya ejen detox.
Banyak sebab boleh berlaku batuk berpanjangan. Bukan hanya allergic cough. Jika terlalu lama anak batuk, lebih 2 minggu masih belum sembuh, korang perlu bawa anak jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.