Air Kelapa Banyak Khasiatnya Untuk Kesihatan, Beri Anak Minum Paling Kurang Sekali Dalam Seminggu

Air kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera banyak khasiatnya untuk kesihatan. Ibu bapa boleh mula ajar anak-anak minum air kelapa sekurang-kurangnya seminggu sekali. Terbukti air kelapa bukan sekadar minuman penghilang dahaga.

Air Kelapa Banyak Khasiatnya Untuk Kesihatan

KHASIAT AIR KELAPA:

Hidrasi tubuh

Air kelapa muda adalah sumber yang sangat baik untuk rehidrasi. Kandungan elektrolitnya yang tinggi, seperti kalium, magnesium, dan natrium, membantu menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh, terutama setelah aktiviti atau saat cuaca panas.

Sumber antioksidan

Air kelapa muda mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dan dapat mengurangkan risiko terjadinya kerosakan sel.

Memelihara jantung

Beberapa kajian menunjukkan bahawa air kelapa dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang kepada kesihatan jantung.

Artikel berkaitan: Minum Kelapa Muda Bantu Hilangkan Kesan Bintik Chicken Pox Anak Diana Nasir Sembuh Sepenuhnya

Mengurangi tekanan darah

Kalium yang tinggi dalam air kelapa muda dapat membantu menyeimbangkan tekanan darah.

Baik untuk pencernaan

Air kelapa muda mengandung enzim bioaktif yang dapat membantu pencernaan dan metabolisme.

Mengawal paras gula darah

Walaupun manis, air kelapa muda mempunyai kesan positif terhadap paras gula dalam darah kerana indeks glisemiknya yang rendah.

Sumber Nutrisi Rendah Kalori

Air kelapa adalah minuman rendah kalori yang juga menyediakan vitamin dan mineral penting tanpa lemak atau kolesterol.

Secara umumnya, air kelapa muda adalah pilihan minuman yang menyegarkan dan menyihatkan, asalkan ia diambil dalam jumlah yang munasabah dan sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Artikel berkaitan: Anak Demam Tak Kebah, Beri Anak Minum Air Kelapa, Tak Perlu Tambah Gula!

Menurut perkongsian daripada Dr Mazliana Mazlan di akaun facebooknya, digalakkan paling kurang seminggu sekali berikan anak-anak minum air kelapa.

Sungguh kena jadi air favourite anak, terutama waktu anak tak sihat.  Demam, cari air kelapa. Batuk, cari air kelapa. Kahak, cari air kelapa. Sakit perut, cari air kelapa. Muntah, cari air kelapa. Cirit birit, cari air kelapa.

Real food, membantu penyembuhan dengan izinNya. Kena cuba, baru tahu. Kita kena tukar sikit. Kalau dulu bila anak tak sihat tak bertenaga, ada yang bagi air seratustambah. Tapi sekarang, kita cuba cari air kelapa. Paling sihat.

Air kelapa berganda lagi dengan khasiat mineral dan vitamin yang anak-anak perlukan terutama waktu sakit. Air kelapa membantu mengeluarkan toksin dari badan anak. Air detok semula jadi, yang kita kena ajar anak minum.

UMUR BERAPA BOLEH MINUM?

Umur 6 bulan ke atas sudah boleh minum. Sedikit sahaja, hanya beberapa sudu sudah cukup.

Kalau anak alahan?

Kalau anak ada alahan naik gegatal lepas minum, elakkan dulu. Anak eczema boleh sahaja minum kalau tak flare lepas minum.

Air kelapa potong ubat?

Air kelapa tinggi dengan mineral dan vitamin, ada sesetengah ubat tidak digalakkan ambil bersama air kelapa. Sebaiknya, jarakkan penggunaan ubat dan air kelapa dalam 1-2 jam. Kita cuba sama-sama ya. Nampak sahaja anak mula tak sihat, air kelapa yang kita cari dulu.

Sumber: Mazliana Mazlan

Kredit foto (top image): Freepik

Baca lagi: Sedapnya Aiskrim Coconut Shake, Tak Tambah Air Pun, 100 Peratus Air Kelapa, Padunya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply