Susun Atur Kediaman Ketika Buat Rumah Terbuka. Nampak Kemas, Tetamu Pun Selesa!

Bermula musim mengadakan rumah terbuka, susun atur kediaman patut dititik beratkan. Bukan hanya bab makanan yang jadi keutamaan kita untuk acara ini bagi memuaskan hati tetamu.

Supaya acara rumah terbuka yang kita rancang berjalan sempurna, panduan dari Pensyarah Kanan Jabatan Seni Bina Dalaman Azizul Azli Ahmad ini perlu kita ambil kira.

1. Jika kediaman kita kecil, letakkan semua perabot rapat kedinding agar mudahkan laluan tetamu.

2. Sediakan meja utama untuk hidangan utama dibahagian tengah rumah.

3. Kediaman boleh dihiasi juga dengan lampu ‘lip lap’ yang ada diluar dibawa masuk kedalam ruang dalaman.

4. Kurangkan hiasan atas lantai dengan permaidani, jika ada yang tertumpah sukar diuruskan nanti.

5. Jika kediaman kecil banyakkan pencahayaan agar kelihatan lebih besar dan luas.

6. Pastikan kebersihan bilik air dijaga dan dibersikan dulu, sediakan pewangi atau lilin wangi sepanjang majlis .

7. Jika kita tidak suka orang lain masuk keruang dapur kita, sediakan pemisah atau sediakan pingan dan cawan pakai buang sahaja.

8. Zaman sekarang orang gila bergambar, sediakan satu ruang yang sesuai untuk bergambar dengan latar dan pencahayaan yang baik disitu. selain bergambar orang juga boleh bersembang dan makan disitu.

Image

9. Jangan terlalu banyak hiasan kecil dan koleksi kita dipamerkan sewaktu rumah terbuka, kemas dan simpankan. Elakkan rosak atau hilang.

10. Sediakan sebuah cermin yang besar kerana semua tetamu ingin kelihatan cantik walaupun dia ‘mak mak orang’.

11. Sususun meja secara ‘island’ dibahagian tengah agar orang boleh mengelilingi dan tiada ‘jalan mati’ yang perlu undur semula.

12. Sediakan bakul sampah yang bersih dan cantik serta pastikan tidak cepat penuh sampah

13. Jika dapat sediakan satu ruang khusus untuk anak anak kecil bermain atau makan.

14. Sediakan satu ruang jika tetamu minta ‘boleh saya tumpang solat”, “Anak saya nak menyusu”. ini sangat penting kawan

15. Jadilah tuan rumah yang tenang dan tidak kelihatan letih sewaktu tetamu datang. Jangan tertekan, tarik nafas dan tenang

16. Sediakan ais yang mencukupi dan air minuman yang sedia diminum, kita tak mahu membuang masa membancuh air didapur. Air mineral dan kosong sangat penting

17. Jangan pasang lagu raya terlalu kuat kerana tujuan majlis adalah mengeratkan siraturahim dengan bertanya khabar dan bersembang.

18. Sediakan makanan yang sihat dengan pengurangan gula, garam dan lemak demi kesihatan bersama bukan sekadar banyaknya makanan kita. Minuman kosong penting

19. Maklumkan anak anak kita agar membantu dan berikan kerjasama agar kita menjadi hos yang baik. briefing awal penting. Jangan bawa kawan naik kebilik.

20. Banyakkan berdoa dan betulkan niat kita agar majlis rumah terbuka bukan untuk berlumba tetapi untuk meraikan bulan Syawal yang mulia.

Raikan semua tetamu kita, jangan hanya bersembang dengan tetamu yang kita suka sahaja. Jika rumah kecil rancang tetamu yang datang.

Salam Lebaran Sahabat sekalian.

Azizul Azli Ahmad
Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Dalaman

Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply