Anak Kerap Sakit Tekak, Perlu Atau Tak Jalani Pembedahan

Kadang-kadang bila anak-anak kena masalah tonsil, memang boleh jadi berisiko sikit. Tapi jangan risau, ada cara-cara yang boleh kita buat untuk jaga kesihatan tonsil.

Jadi, melalui perkongsian daripada Dr. Ezairy M.Sallih, berkongsi cara untuk mengatasi masalah ini dan seterusnya merawat.

Nak tahu bagaimana,  ikuti lanjut perkongsian ini.

“Doktor, anak saya ini kerap sangat kena sakit tekak, banyak dah doktor kata dia ada tonsil, boleh ke saya nak dia buat operation, buang saja tonsilnya?”

Perlu disedari bahawa tidak semua kes-kes tonsillitis memerlukan pembedahan tonsillectomy iaitu membuang tonsil. Oleh itu, apakah rawatan sebaiknya?

Pesakit seharusnya diberikan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup di rumah. Minum air secukupnya. Buat pemeriksaan bersama doktor.
Ubat antibiotik perlu diberi jika ada tanda-tanda ia disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja. Ini kerana kebanyakan kes tonsillitis adalah disebabkan oleh virus. 15-30 peratus sahaja disebabkan oleh jangkitan bakteria!

Apakah tanda-tanda masalah tonsil disebabkan oleh jangkitan bakteria?
1. Tompok-tompok keputihan pada permukaan tonsil.
2. Demam panas, terutama disertai sakit tekak melebihi tiga hari.
3. Peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah
4. Bakteria yang biasa menyerang tonsil ialah Group A Beta-Hemolytic Streptococci.

Apakah kriteria dan ciri-ciri bahawa anak anda memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil?
1. Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.
2. Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).
3. Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.
4. Bengkak satu sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.

Menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.

menunjukkan bagaimana prosedur tonsillectomy, pembedahan membuang tonsil dilakukan.

Mesti Baca: Bila Sakit Tekak Tonsilitis,Minum Air Suam. Ikut Panduan Doktor Ini.

Keradangan Tonsil Bahaya Dibiarkan, Malah Boleh Berjangkit. Ibu Ni Share Pengalaman!

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply