Pertama kali sambut hari raya di masjid Korea Selatan, perkongsian Ayana Moon raih pujian dan doa.
Baru-baru ini, pempengaruh dan model berhijab popular kelahiran Korea iaitu Ayana Jihye Moon atau Ayana Moon berpeluang sambut hari raya Aidilfitri di sebuah masjid Korea Selatan buat pertama kali sekaligus raih pujian dan doa wargamaya.
Kredit Foto: IG @xolovelyayana
Kredit Foto: IG @xolovelyayana
Ayana mermuat naik video momennya menyambut Aidilfitri buat pertama kali di masjid Korea Selatan itu di Instagram peribadi.
View this post on Instagram
Dalam muat naik tersebut, kelihatan Ayana menunaikan solat bersama dua warga Indonesia yang sedang belajar dan bekerja di Korea.
Kredit Foto: IG @xolovelyayana
“Assalamualaikum, selamat hari raya Aidilfitri, saya mohon maaf zahir dan batin. Walaupun saya dari Korea, inilah pertama kali saya bersolat hari raya di masjid di Seoul (Korea). Bersama adik-adik comel, Bia dan Viera,” tulisnya di Instagram.
Dalam hantaran yang sama, Ayana turut memberitahu dia mengalami kesukaran mencari tempat solat kerana orang terlalu ramai.
BACA JUGA: Kisah Inspirasi AYANA MOON Mualaf Cantik Dari Korea Selatan, Rela Hidup Miskin Untuk Belajar Islam
Pun begitu, dia meluahkan rasa syukur dan gembira kerana mereka dapat berhari raya beramai-ramai di masjid. Apatah lagi, ini adalah pengalaman pertama kali Ayana menyambut hari raya di masjid Korea Selatan.
Kredit Foto: IG @xolovelyayana
“Alhamdulillah, selepas solat ramai yang menyambut hari raya bersama-sama,” jelas Ayana.
Kredit Foto: IG @xolovelyayana
Rata-rata para pengikut dan peminatnya mengucapkan tahniah kepada Ayana. Mereka turut mendoakan agar Ayana terus berjaya.
“Alhamdulillah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, ukhti.”
“Sentiasa sihat, semoga lebih berjaya di masa hadapan.”
Kisah mualaf cantik ini pernah tular suatu ketika dulu namun masih menjadi perhatian ramai hingga kini.
Ayana dilahirkan pada 28 Disember 1995. Ayana mula meminati Islam pada usia 7 tahun, mempelajarinya dan kemudian memeluk Islam pada usia 16 tahun.
Ayana Moon atau nama sebenarnya Ayana Jihye Moon mendedahkan ketika pertama kali memeluk Islam dia pernah berputus asa dan mahu meninggalkan Islam.
Ayana sememangnya dikenali sebagai seorang wanita yang tabah dan gigih. Selain bergelar pempengaruh dan selebriti, Ayana juga aktif menghasilkan content di saluran YouTube.
Semoga Ayana terus berjaya dalam kariernya, dimudahkan segala urusan seterusnya istiqamah sebagai Muslimah sejati biarpun seorang mualaf.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.