Empat pekerja syarikat tanam anak pokok balak terperangkap banjir

Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar selepas diselamatkan oleh anggota BBP Maran pada Rabu. Foto ihsan JBPM

MARAN – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran menyelamatkan empat pekerja yang terperangkap selepas jalan dinaiki air di kawasan ladang kelapa sawit di Mantau Balak Seri Makmur di sini pada Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.52 malam.

Menurutnya, lapan anggota BBP Maran bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian itu yang sejauh 45 kilometer.

“Komander operasi melaporkan empat lelaki dewasa terperangkap disebabkan jalan ditenggelami air sehingga paras pinggang di kawasan ladang sawit tersebut dan meminta bantuan pihak bomba untuk menyelamatkan mereka.

Empat lelaki ini merupakan pekerja syarikat menanam anak pokok balak diselamatkan selepas terperangkap akibat jalan ditenggelami air di kawasan kejadian. Foto ihsan JBPM

“Pasukan bomba masuk ke dalam kawasan ladang berkenaan dengan menggunakan kenderaan Hilux dan bot fiber ke lokasi mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, keadaan air deras dan semua mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan selamat manakala dua anggota polis turut berada di lokasi lokasi kejadian.

Jelasnya, mangsa terdiri pekerja syarikat yang menanam anak pokok balak dan sejauh kira-kira empat kilometer dari jalan utama ke kawasan kejadian.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply