Sejak Valve melancarkan Steam Deck, pasaran gaming di dunia telah berubah menjadikan konsol gaming mudah alih sebagai produk popular. Sehingga hari ini kita telah melihat ROG Ally dari ASUS, Nitro Blaze 7 oleh Acer, Legion Go oleh Lenovo dan terbaru Tencent pula akan hadir dengan konsol tersendiri.
Ia dijangkakan konsol ini menjalankan sistem operasi Windows kerana spesifikasi yang digunakan. Konsol ini dikatakan dijana dengan cip Intel Core Ultra 7 258V dengan GPU Intel Arc 140V, memori 32GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri dengan pengecasan 100W dan skrin gergasi bersaiz 11-inci. Konsol ini turut mempunyai alat kawalan yang boleh ditanggalkan.
Apa yang menjadikan ia lebih unik adalah, skrin gergasi 11-inci ini turut menyokong 120Hz dan paparan 3D. Tencent menggunakan sensor di hadapan peranti untuk menjejak pergerakan mata dan kepala pengguna agar kandungan imersif yang sesuai dapat dipaparkan. Antaramuka dan pelancar/hab permainan pada konsol ini turut menyokong paparan 3D. Kemudian semua butang dan port sambungan ada banyak termasuk Thunderbolt, USB-C dan banyak lagi.
Konsol ini dikatakan masih berada di dalam fasa prototaip, jadi tidak pasti bila ia akan dilancarkan dan adakah ia akan dilancarkan secara meluas atau terhad di China sahaja. Sama-sama kita nantikan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.