Lima premis makanan kotor di Klang diarah tutup

Lima premis diarahkan tutup selama 14 hari ini juga didapati gagal memastikan premis bebas daripada infestasi lipas, lalat dan tikus.

KLANG – Lima premis makanan membabitkan kedai makan dan restoran di sekitar Taman Klang Utama dan Taman Aman Perdana di sini diarahkan tutup selama 14 hari.

Ini berikutan premis berkenaan tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan hasil pemantauan kebersihan Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

MBDK berkata, lima premis itu diarahkan tutup selama 14 hari di bawah Peruntukan 62 (1)(b) UUK Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007 kerana didapati premis terbabit tidak sanitasi.

“Pengusaha premis didapati tidak menjaga kebersihan di tempat penyediaan dan penyimpanan makanan selain gagal memastikan premis bebas daripada infestasi lipas, lalat dan tikus.

“Premis diarah tutup bermula 27 November sehingga 10 Disember ini,” kata pihak berkuasa tempatan itu dalam satu hantaran di laman Facebooknya.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply