Bekas ketua jurulatih olahraga para negara, R. Jeganathan, meminta pucuk pimpinan tertinggi Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk undur diri secara terhormat serta berasakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ahmad adalah individu yang layak untuk mengisi tempat itu.
Ini rentetan kegagalan MPM memantau beberapa isu besar yang berlaku pada sukan dwitahunan Para SUKMA dan kejatuhan ketara prestasi di Paralimpik Paris.
Perkara ini amat mendukacitakan dan timbulnya rasa bimbang akan masa depan sukan para negara.
“Kita tidak mahu orang sahaja datang duduk di sana (pegang jawatan). MPM perlu dibersihkan. Saya berani cakap kepada orang yang tidak disukai perlu keluar dari MPM.
“Kami memerlukan satu pasukan bagi membangunkan MPM. Saya tidak mahu sukan kita, MPM dan sukan para ini jatuh. Masa zaman saya Sukan Para ASEAN jumlah kutipan pingat emas paling rendah adalah 27 butir pingat.
Bekas Ketua Jurulatih Olahraga Para R Jeganathan gesa Presiden MPM DS Megat Shahriman letak jawatan.@ASTROARENA pic.twitter.com/9Hg5HjV44T
— FinaNasrom (@fnasrom) November 27, 2024
“Baru-baru ini tujuh pingat emas sahaja, bila tanya MPM hanya ketawa kepada saya. Saya rasa sangat sedih. Saya pernah hasilkan 42 pingat untuk Sukan Para ASEAN dan sekarang tujuh pingat mereka sudah fikir mereka adalah yang terbaik.
“Jauh di sudut hati saya, saya mahukan seorang pemimpin yang baru, pasukan yang baru untuk membantu kami dan mengembalikan semula kegemilangan sukan para.
Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan yang akan berlangsung bulan depan, Jeganathan menegaskan individu paling tepat ganti Megat adalah Datuk Ahmad Shapawi Ahmad.
Pengetahuan dan jasa Shapawi terhadap sukan para ketika dia memegang tampuk Ketua Pengarah MSN tidak boleh di sangkal menjadikan Shapawi individu yang paling faham keperluan atlit para negara.
“Saya sokong 100% Datuk Ahmad Shapawi Ahmad.Saya tidak pasti dia mahu atau tidak. Saya mahukan dia sebagai presiden dan saya berharap dia menerima apa yang saya maksudkan.
“Dia tahu segala kelemahan sukan kita.Saya rasa Datuk Shapawi perlu Kembali semuladan berikan dia peluang. Saya yakin dia tahun semua tentang sukan para. Dia kenal semua orang di peringkat akar umbi.” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.