Sehingga hari ini masih ramai orang yang memakai topeng muka kerana percaya ia adalah kaedah terbaik untuk menjaga kesihatan masing-masing. Perkara ini membuatkan banyak sistem pengecaman wajah sukar mengenalpasti identiti. Akan datang, kamera pintar untuk rumah oleh Apple dijangka boleh mengenalpasti identiti orang walaupun wajah ditutup.
Tidak kira dengan purdah ke, topeng muka ke, sistem kamera Apple ini boleh mengenalpasti penduduk di dalam sesebuah rumah dan tidak merakam mereka tetapi hanya merakam orang yang kamera tidak kenali. Kamera ini turut dikatakan akan menyertakan Apple Intelligence. Sistem kecerdasan buatan ini dikatakan boleh menggunakan data-data imej atau video yang telah disimpan yang mungkin ada ciri-ciri individu yang pernah dikenalpasti.
Dengan ini, sistem AI pada kamera ini boleh mengecam individu walaupun wajahnya tidak kelihatan sama ada dihalang/ditutup atau kerana kualiti imej yang rendah. Antara ciri-ciri yang akan dikenalpasti adalah bentuk tubuh badan. Menariknya, kamera pintar Apple ini turut boleh mengenalpasti gaya pergerakan seseorang. Kamera ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2026 untuk dipadankan dengan skrin pintar yang dijangka tiba pada tahun 2025.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.