Bahagian pedal dan hati ayam memang ramai peminatnya. Selain enak digoreng kunyit, ia juga boleh dimasak sambal garing manis
Untuk memasak pedal dan hati masak sambal garing manis, dua bahagian ayam ini hendaklah direbus dan dihiris nipis terlebih dahulu. Inilah yang membuatkannya ia sedap bila digaul dengan sambal.
Menurut Aliyaa Malek yang berkongsi resipi, kalau sudah terhidang lauk ini memang tak pandang lauk lain. Sedap diratah, sekali rasa memang susah untuk berhenti.
Resipi pedal, hati masak sambal garing manis
Bahan digoreng garing
Hati dan pedal ayam – direbus dan dihiris nipis
11 biji bawang merah kecil -hiris nipis
1 labu/ulas bawang putih -hiris nipis
2-3 sudu udang kering
Bahan kisar
Lada kering
bawang merah
Bawang putih
Bahan perasa
Gula merah
Gula pasir
Air asam
Cara memasak
1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan garing.
2. Masukkan air asam dan gula merah. Masak hingga airnya hampir kering.
3. Bila sudah agak garing sambalnya, masukkan bahan goreng semua tadi. Gaul dan gaul.
4. Letak sedikit garam dan gula pasir ikut rasa masin & manis yang dikehendaki.
TIP
Boleh lebihkan bawang merah yang digoreng untuk lebih sedap.
Sambal ini kena ada rasa manis baru sedap.
Kredit resipi & foto: Aliyaa Malek
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.