AI Penjana Video OpenAI Sora Ditiriskan Secara Haram Sebagai Tanda Protes

Semalam kecerdasan buatan (AI) Sora oleh OpenAI telah ditiriskan secara haram menerusi laman Hugging Faces oleh kumpulan yang memproses penggunaannya bagi menggantikan pekerja kreatif. Dalam kenyataan yang diletakkan di Hugging Faces, peniris menegaskan artis bukan pekerja yang digunakan untuk melakukan pembangunan dan kajian secara percuma. Mereka juga ingin eksploitasi ke atas artis dihentikan oleh syarikat yang bernilai berbilion Dolar.

Turut dikecam ialah golongan artis yang diberikan akses awal kepada Sora bagi melakukan promosi untuk memutihkan nama OpenAI yang pada waktu ini disaman oleh artis serta penulis kerana menggunakan karya bagi melatih model AI tanpa sebarang ganti rugi. Ia turut menerima kecaman daripada CEO YouTube yang mengatakan Sora dilatih menggunakan data laman mereka yang ia melanggar terma dan syarat yang ditetapkan.

Beberapa jam selepas Sora ditiriskan ke Hungging Faces, akses kepada model ini telah dihalang oleh OpenAI menurut laporan The Washington Post. Tetapi sebelum di dihentikan, beberapa video yang dijana menggunakan Sora telah dimuat naik ke media sosial seperti X dan Threads pagi ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply