Realme C75 Rasmi Dengan MediaTek Helio G92 Max Dan Kalis Air IP69

Realme kini telah melancarkan produk terbaharu iaitu C75 secara rasmi di Vietnam. Pastinya, peranti dengan teknologi baharu ini menunjukkan komitmen Realme memberikan pengalaman cukup baik kepada penggunanya dalam segmen peranti bajet.

Realme C75 ini tampil dengan skrin LCD FHD+ (2400 x 1080 piksel) sebesar 6.72-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan dengan cip MediaTek Helio G92 Max, memori 8GB RAM, storan dalaman 128/256GB dan menjalankan Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Terdapat juga bateri 6,000mAh ditawarkan dengan sistem pengecasan pantas 45W melalui port USB-C.

Sistem kamera pula terdiri dengan 50MP utama dan swafoto sebesar 8MP. Selain turut mempunyai tahap kalis air IP69 yang sepatutnya mampu bertahan terhadap air bertekanan tinggi. Butiran harga tidak pula dikongsi namun peranti dijangka boleh ditawarkan di lebih banyak pasaran lain dalam masa terdekat ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply