Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, menjelaskan menghadapi situasi yang sukar adalah risiko yang membantu seseorang jurulatih mahupun pemain untuk lebih maju dalam sukan bola sepak.
Dia turut menjelaskan dirinya memilih Selangor berbanding terus kekal bersama kem bola sepak kebangsaan Serbia.
“Saya pernah bekerja dengan mereka iaitu pemain kebangsaan Serbia, mereka sentiasa dan mereka sentiasa akan menempuhi situasi yang sukar dengan diri mereka sendiri.
?? Katsuhito Kinoshi is ready to lead the #RedGiants! ?️
? Watch Coach Kino’s first interview as the new Head Coach of Selangor FC on our official YouTube channel by clicking the link below ??
?️ Get your #SFCMTU tickets via the link in our bio or… pic.twitter.com/OFJAXLvoYF
— Selangor FC (@selangorfc) November 27, 2024
“Kerana apabila berhadapan situasi yang sukar membuatkan mereka semakin kuat, jadi jika anda mempunyai peluang untuk tempuhi situasi sukar, cuba dahulu. Dan sebenarnya kerana itu saya datang di sini.
“Saya boleh terus bersama skuad kebangsaan Serbia mungkin untuk tempoh satu atau dua tahun lagi tetapi saya pilih untuk datang ke Selangor.
“Jika ada seseorang cakap ianya adalah sukar, tetapi situasi yang sukar membuatkan saya kuat. Untuk menjadi seorang jurulatih yang terbaik mahu pun pemain anda perlu menempuhi situasi yang sukar dan selesaikannya.” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.