Piala Wanita ASEAN: Saya dengar Malaysia pasukan terkuat – jurulatih Indonesia

Jurulatih skuad wanita Indonesia, Satoru Mochizuki bangga dengan kerja keras anak buahnya apaila berjaya mengalahkan Malaysia pada perlawanan kedua kumpulan B Piala AFF Wanita 2024 di New Laos National Stadium, Vientiane, pada Selasa.

Satoru gembira kerana Indonesia mampu menewaskan Malaysia yang disebutnya sebagai pasukan terkuat di Kejohanan Piala AFF 2024 atau ASEAN Women’s Cup 2024.

“Pertamanya, saya sangat gembira kerana kami boleh meraih kemenangan. Mengenai Malaysia, saya mendengar mereka adalah pasukan terkuat di kejohanan ini, tetapi kami berhasil mengekang dan menghalang kekuatan mereka,” kata Satoru kepada Kita Garuda.

Satoru juga memuji keampuhan pertahanan skuad wanita Indonesia. Jurulatih yang berasal dari Jepun itu yakin permainan Indonesia akan terus meningkatkan prestasi di peringkat seterusnya iaitu pusingan kalah mati. 

“Kemampuan bertahan Indonesia sangat berkesan. Kami datang ke sini dengan target muncul sebagai juara, dan pertandingan kedua ini jauh lebih baik dibandingkan dengan yang pertama,” tambah Satoru.

Tambahan tiga mata membawa skuad wanita Indonesia menghuni tangga teatas kumpulan B dengan empat mata terkumpul dari dua perlawanan.

eputusan ini memastikan langkah Indonesia ke babak separuh akhir Piala AFF 2024 menjadi kenyataan. 
 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply