Ibu mana yang tidak terharu apabila anak kesayangannya berjaya dalam bidang akademik tambahan lagi berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi subjek Pendidikan Islam.
Pelakon dan penyanyi cantik, Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak sulung lelakinya, Ayden cemerlang dalam pelajaran.
ARTIKEL BERKAITAN : Puteri Sarah Bangga Anak Lelaki Raih Keputusan Cemerlang – “I Am A Proud Mama!”
Menurut Bella, dia berasa sangat bangga melihat pencapaian yang diraih oleh Ayden. Ujar Bella, Ayden berjaya mendapat markah paling tinggi iaitu 94 bagi mata pelajaran tersebut. Berbicara lebih lanjut, Bella sebagai ibu memberitahu, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.
Tambah Bella, dia berharap Ayden menjadi anak lelaki yang baik akhlaknya.
Sebagai seorang ibu tunggal dan selebriti yang sentiasa sibuk, Bella dilihat pandai membahagikan masa bersama anak-anak. Terbaru, Bella dilihat sibuk melakukan persiapan sempena Konsert Sumandak Stars di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Sumber: Bella Astillah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.