Claude AI oleh Anthropic adalah antara chatbot AI untuk penggunaan profesional. Ramai yang saya kenal menggunakan Claude untuk analisa dokumen, merumuskan data, merumuskan dokumen panjang dan banyak lagi. Seperti chatbot AI lain, Claude juga boleh menjana teks dengan pelbagai gaya penulisan. Terbaru, ia boleh mimik gaya penulisan pengguna.
Menariknya, ciri ini ditawarkan kepada semua dan tidak dihadkan pada pengguna berbayar sahaja. Claude sedia menawarkan 4 gaya berbeza iaitu Normal, Concise, Explanatory dan Formal. Kemudian terdapat Create & Edit Styles untuk ia menjana teks berdasarkan gaya penulisan pengguna sendiri. Penawaran ciri baharu ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk menjana kandungan yang spesifik untuk pelbagai perkara.
Antara yang boleh dimanfaatkan adalah balasan emel yang diperibadikan agar penerima tidak rasa janggal membacanya, lain adalah menjana teks untuk dokumen teknikal dan banyak lagi. Ciri lebih kurang sama ini sudah tersedia pada pelayar web Opera, selain turut telah ditawarkan pada telefon pintar melalui Galaxy AI atau Apple Intelligence oleh Samsung dan Apple.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.