PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan beliau bersetuju mengadakan gencatan senjata dengan Hizbullah di Lubnan namun memberi amaran akan meneruskan serangan jika perjanjian itu dilanggar.
Memetik laporan AlJazeera, perjanjian gencatan senjata berkenaan akan berkuat kuasa mulai jam 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Tentera Israel melakukan lebih banyak serangan udara ke atas ibu negara Lubnan selepas membunuh sekurang-kurangnya 31 orang dalam tempoh 24 jam di sana sementara Hizbullah turut meneruskan tembakan roket ke atas Israel.
Di Semenanjung Gaza, tentera Israel membunuh 11 rakyat Palestin dalam tiga serangan di utara kawasan itu ketika hujan lebat dan air pasang yang memburukkan lagi nasib rakyat Palestin yang terlantar dan berlindung di khemah sementara.
Pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 44,249 rakyat Palestin dan mencederakan 104,746 sejak 7 Oktober 2023.
Di Lubnan, sekurang-kurangnya 3,768 orang terbunuh dan 15,699 cedera dalam serangan Israel sejak perang ke atas Gaza bermula.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.