KUALA LUMPUR – Lima pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam tiga kes penganiayaan dibatalkan lantikan dan diberhentikan daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang pada Isnin turut memutuskan kelima-lima individu terbabit dikenakan bayaran ganti rugi kepada Kerajaan Malaysia.
Jumlah ganti rugi dikira daripada keseluruhan perbelanjaan telah dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian.
Lima pegawai kadet terbabit adalah Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, Izzat Izuddin Mohammad Arif, Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan, Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi dan Ammar Hafiy Muhammad Habib.
AKAN MENYUSUL
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.