“Proud Of My Sayang,” – Ayden Sukses Raih 94% Pendidikan Islam, Bella Astillah Harap Anak Sulung Rajin Belajar & Berakhlak Baik

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa bangga dan syukurnya terhadap pencapaian anak sulung, Ayden Adrean dalam peperiksaan tahun satu, baru-baru ini.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran yang dikongsikan di Insta Stories.

Penyanyi lagu Tapi Bukan Denganmu itu memaklumkan, Ayden raih markah sebanyak 94% menerusi subjek Pendidikan Islam, sekaligus yang tertinggi berbanding mata pelajaran lain.

Susulan sukses yang diperolehi anak lelakinya itu, Bela menitipkan dedikasi dengan harapan semoga Ayden terus komited dalam pelajaran dan menjadi anak soleh.

“Proud of my sayang, Ayden. The highest is Pendidikan Islam. Semoga terus belajar rajin-rajin dan menjadi anak lelaki yang baik akhlaknya, insya-Allah,” tulisnya.

Ayden Adrean ialah anak pertama Bella Astillah dengan bekas suaminya, Aliff Aziz. Hasil perkongsian hidup sebelum ini, mereka juga mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Ara Adreanna, 4.

Bella dan Aliff sah bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024 selepas berdepan ujian melibatkan rumah tangga mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply