Enam Bulan Tak Ambil Gaji, Hafiz Mahamad, Syafiqah Aina Hargai Usaha Pekerja

Dalam dunia perniagaan, kejayaan tidak datang bergolek. Ia menuntut pengorbanan, usaha keras, dan disiplin yang tinggi.

Usahawan Hafiz Mahamad menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi kisah pengorbanannya bersama isteri, Shafiqah Aina, dalam usaha memastikan kebajikan pekerja mereka sentiasa terjaga.

“6 Bulan saya & Aina tak amik gaji dari business. Business Alhamdulilah baik, cuma kami nak motivate diri untuk kerja bersungguh.”

Dalam pada itu, bagi usahawan Hafiz Mahamad dan isterinya, Shafiqah Aina, mereka memegang teguh prinsip yang sangat bermakna dalam kehidupan dan perniagaan mereka. Salah satu nasihat yang pernah diberikan kepada mereka adalah

“Jika di atas ikat perut, ramai di bawah akan rasa senangnya.”

BERJUANG UNTUK MASA DEPAN STAFF

Pempengaruh itu turut berkata, Melihat stafnya berjaya mengumpulkan wang hasil daripada bonus dan token kerja mereka bukan sekadar angka; itu adalah bukti bahawa mereka boleh berjuang untuk masa depan yang lebih baik.

“Saya cuba buat & syukur, minggu lepas ada staff yang tunjuk dekat saya saving dia. Dia cakap, ‘Bang, ni duit saya saving dari bonus & token saya dapat selama kerja sini.’ Terkejut bila tahu RM20-40K mereka berjaya saving.”

“Bila dengar rasa puas sbb itu antara cita cita saya nak mereka berjaya menyimpan.”

Selain memberikan bantuan kewangan, Hafiz juga komited untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pekerjanya, antaranya makanan di pejabat, tempat tinggal untuk staf lelaki dan perempuan.

“Cara yg saya cuba buat, makan di office semua ada. Rumah sewa perempuan & lelaki yg belum kahwin disediakan. Insurance. Mereka yg ada anak ada allowance. Datangkan involvement pada kerja kerja di luar.”

Usahawan berusia 31 tahun, tindakan ini tidak hanya memberikan kebahagiaan kepada mereka yang menerimanya, tetapi juga memberi ketenangan dan kepuasan kepadanya.

“Setiap kali dpt berbagi macamni, hati ni rasa puas sangat. Rezeki kita alhamdulilah baik tapi kena juga berbelanja bijak.”

“Saya pegang & percaya, jika berbelanja pada hamba Allah yg lain dengan izin Allah akan ada rezeki yg akan datang.”

Apa yang menarik, katanya kakitangnya tidak ada tuntutan OT, namun dia akan memastikan pekerja yang bekerja lebih masa diberi ganjaran lebih dari kadar OT biasa.

“Mereka ini baik sangat sepanjang berniaga. HR tidak pernah terima claim OT (kerja lebih masa). Tapi itu bukan bermakna kami ambil kesempatan. Cara saya, saya akan minta akauntan bayar lebih dari OT rate yang sepatutnya mereka dapat.”

Kisah ini mengingatkan kita bahawa kejayaan bukan sekadar tentang kekayaan, tetapi bagaimana kita mampu membawa kebahagiaan dan kebaikan kepada orang lain.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sumber: IG hafizmahamad


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply