Kelahiran melalui pembedahan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih berbanding bersalin normal. Oleh itu, penjagaannya juga perlu diberi perhatian supaya luka cepat sembuh dan tidak terbuka semula.
Sumber foto: www.freepik.com
Memandangkan pembedahan ketika melahirkan anak antara yang paling besar, maka ibu jangan sesekali memandang ringan soal kesihatan selepas bersalin.
Dr. Maiza Tusimin, pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi berkongsi cara berpantang selepas C-sec. Ayuh, lihat bersama;
View this post on Instagram
Fakta Femina : Pantang Selepas C-sec
✨️#1 Diet sihat
• Pantang bagi doktor adalah pantang diet yang tak sihat i.e boleh makan seafood, telur dll jika mommies tiada allergi, & konsum secara sederhana.
✨️#2 Bengkung
• Boleh pakai seawal hari ke2 selepas C-sec. Tapi pastikan mommies dapat greenlight dari doktor dulu ye. (Ciri-ciri bengkung? Saya dah huraikan dalam video sebelum ini)
✨️#3 Senaman
• Boleh lakukan senaman ringan yang tidak memberi tekanan kepada kawasan abdomen seawal hari ke2 selepas C-sec seperti senaman bahagian leher, tangan, berjalan perlahan-lahan, Kegel dll.
Sumber foto: www.freepik.com
✨️#4 Urut
• Boleh urut semua bahagian tubuh ibu kecuali bahagian perut (terutama kawasan dari pusat ke miss V)
✨️#5 Menyusu
• Penyusuan susu ibu boleh bermula seawal 2 jam selepas C-sec bagi momm yg tiada komplikasi. InsyaAllah adik2 jururawat sentiasa membantu😊
Baca Juga:
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!
Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan, Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku
✨️#6 Tungku
• Boleh tungku semua bahagian tubuh ibu kecuali bahagian perut (terutama kawasan dari pusat ke miss V). Mommy jangan risau, tanpa tungku pun rahim akan kecut secara semulajadi, & berlaku lebih cepat sekiranya kerap breastfeeding🤱. Lazimnya selepas sebulan C-sec, mommies dah boleh tungku perlahan-lahan di bahagian perut.
✨️#7 Sauna
• Boleh bersauna selepas sebulan C-sec i.e bila luka abdomen ibu dah sembuh sepenuhnya & tidak pedih.
⏩️ PALING PENTING : mommies dapatkan dulu greenlight dari doktor yang merawat sebelum memulakan rutin di atas.
Semoga cepat pulih selepas C-sec & Happy Breastfeeding 🥰
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.