Siri Huawei Mate 70 Kini Rasmi Dengan Skrin OLED 120Hz Dan Apertur Lensa Boleh Diubah

Huawei melancarkan generasi terbaru siri Mate dalam sebuah acara di China pada Selesa. Ianya terdiri dengan sejumlah model berbeza iaitu Mate 70, Mate 70 Pro dan Mate 70 Pro+. Kesemuanya dipasarkan dalam segmen telefon pintar kelas mercu dengan perkakasan dalaman yang dipertingkatkan.

Huawei Mate 70 Pro+

Huawei Mate 70 Pro+ dilengkapi dengan skrin OLED FHD+ (2832 × 1316 piksel) melengkung 6.9-inci berkadar segar semula 120Hz. Tiada butiran khusus mengenai cip pemprosesan namun memori 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB digunakan. Bateri pula sebesar 5700 mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W berwayar, 80W nirwayar dan 20W berbalik.

Turut disertakan adalah kamera utama 50MP dengan bukaan apertur boleh diubah diantara F1.4-F4.0 dan OIS. Kemudiannya diikuti juga dengan sensor 40MP ultra-lebar dan 48MP OIS untuk kebolehan telefoto + makro. Sistem kamera ini menggunakan sistem XMAGE buatan Huawei sendiri yang juga menawarkan zum optikal 4X dan 100X digital. Kamera hadapan pula sebesar 13MP yang juga menyokong Video HDR.

Lain-lain spesifikasi termasuklah kalis air IP68/69, port USB Type-C/ USB 3.1 Gen 1, Wi-Fi 5/Wi-Fi 6, bluetooth 5.2, sokongan GPS (L1 + L5 Dual Band), pengimbas cap jari bawah skrin, ciri komunikasi satelit dan NFC.

Huawei Mate 70 Pro

Huawei Mate 70 Pro menggunakan skrin OLED FHD+ (2832 × 1316 piksel) 120Hz sebesar 6.9-inci. Sekali lagi tiada butiran mengenai cip pemprosesan namun memori 12GB RAM dan storan dalaman 256/512/1TB digunakan. Bateri pula sebesar 5500 mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W berwayar, 80W nirwayar dan 20W berbalik.

Kamera adalah sistem XMAGE 50MP f/1.4 – f/4.0 apertur boleh-ubah + 40MP ultra-lebar + 48MP telefoto makro. Selain itu menawarkan zum optikal 4X dan 100X digital, di samping kamera hadapan sebesar 13MP (f/2.4). Peranti juga mempunyai perlindungan IP68/69, Bluetooth 5.2, pengimbas cap jari bawah skrin dan ciri komunikasi satelit. Selain itu menjalankan perisian terkini HarmonyOS 4.3, yang juga menyokong kemaskini kepada HarmonyOS 5.0.

Huawei Mate 70

Melalui Huawei Mate 70 pula, skrin OLED FHD+ (2688 × 1216 piksel) sebesar 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz digunakan. Ini dipadankan dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256/512GB/1TB. Sistem kamera terdiri dengan 50MP f/1.4 – f/4.0 apertur boleh-ubah + 40MP ultra lebar + 12MP telefoto periskop. Selain turut menyokong zum optikal 5.5x (anggaran panjang fokus lensa 24 mm, 13 mm, 125 mm) dan zum digital 50X.

Bateri pula sebesar 5,300 mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar, 50W nirwayar dan tiada pengecasan berbalik. Peranti juga mempunyai kamera hadapan 13MP, perlindungan IP68/69, pengimbas cap jari bawah skrin dan ciri komunikasi satelit. Selain itu menjalankan perisian terkini HarmonyOS 4.3, yang juga menyokong kemaskini kepada HarmonyOS 5.0.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply