Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition adalah berkas permainan video GTA yang terkenal. Ia menyertakan GTA III, GTA Vice City dan GTA San Andreas. Kali pertama dilancarkan pada tahun 2021 untuk Nintendo Switch, PlayStation, Xbox dan PC – kemudian versi Android dan iOS tiba pada tahun 2023 melalui Netflix. Dua permainan akan dibuang Netflix tidak lama lagi.
Melalui aplikasi Netflix, GTA III dan GTA Vice City kini disenaraikan dengan label Leaving Soon. Dua permainan ini akan dibuang dari Netflix bermula 13 Disember 2024. Antara sebab permua ini dibuang adalah kerana lesen yang telah luput dan Netflix dilihat tiada perancangan untuk meneruskannya – kerana mungkin ingin fokus kepada permainan Netflix Games yang asli seperti Squid Game: Unleashed.
Walaupun ia telah dibuang dari Netflix, versi individu masih ditawarkan oleh Rockstar Games di Play Store. GTA III – Definitive dan GTA Vice City – Definitive kedua-duanya dijual pada harga RM64. Jika anda tidak mahu korbankan RM64, nikmati permainan ini percuma dengan langganan Netflix anda sehingga 12 Disember.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.