Spotify baru-baru ini telah mengemaskini ciri Listening History ke Recents yang kini menyimpan sejarah mendengar lagu dan audio pengguna selama 90 hari mendengar.
Recents akan mengintegrasi sejarah mendengar lagu, podsiar dan buku audio. Untuk pengguna yang mendengar podsiar dan juga buku audio yang panjang, ia juga akan menyimpan titik dimana anda berhenti mendengar dan membolehkan anda meneruskan dari mana ia ditinggalkan.
Seperti yang dikatakan, ciri Recents ini menggantikan Listening History, dan boleh digunakan oleh kedua-dua pengguna Spotify Free dan juga Premium. Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu mengetik gambar profil anda di menu sidebar, dan ciri Recents akan memperlihatkan senarai mendengar anda dalam urutan kronologi terbaru sehinggalah yang paling lama.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.