Di Malaysia wanita menjadi mangsa ragut pencuri yang menaiki motor. Di UK pula berlaku kes jam mewah diragut oleh pencuri yang menaiki skuter yang menyebabkan kerugian enam angka. Sébastien Buonomo seorang ahli perniagaan hampir menjadi mangsa apabila jam Rolex GMT-Master II hampir diragut pencuri. Jam tersebut sangat berharga kerana diberikan oleh mendiang abang beliau.
Insiden traumatik ini menyebabkan Buonomo mencipta Watchlock khusus untuk jam tangan mewah berjenama Rolex. Ia adalah tali jam logam tahan karat dengan bahagian kancing yang dikunci yang membuatnya tidak tertanggal dengan mudah apabila diragut seperti kancing jam biasa. Setiap pemilik akan diberikan tiga kunci mini dengan setiap pembelian.
Pada waktu ini Watchlock hanya menyokong jam Rolex siri Airking, DateJust, dan Daytona sahaja. Setiap Watchlock dijual pada harga €680 (~RM 3174) seutas. Harga yang mahal tetapi adalah pelaburan yang berbaloi untuk mengelakkan jam berharga lebih RM500,000 diragut pencuri.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.